Menulis Bukan Kerna Nama

Khamis, 7 Januari 2010

Beckham pernah bengang dengan aku?


Aku bukan minat sangat kat beckham. Siapa beckham tu? Kenapa awek2 semua minat kat mamat kaki kengkang tu? Apahal pula aku nak jelous dengan beckham.

Dulu masa Man Utd datang Malaysia.

Masa tu Beckham pun datang. Kalau tak silap aku, tahun 199.. aku pun tak ingat. Tengah aku dengan kulop, ali, abg ajul , tyson dan beberapa nama yang mungkin aku terlupa, tetiba Beckham datang nak join main bola dengan kitorang.

Apa ada hal main je la. Kebetulan masa tu, kulop tackle ali dengan kasar. Tempat yang dia tackle tu pula dengan kotak penalti tak berapa jauh. Senang cerita memang mengundang freekick.

Beckham dengan tanpa segan silu mengoffer diri nak ambil. Mungkin dia ingat senang je nak score. Tapi dia tak tahu, padang tokkong tu padang keramat aku.

Dengan setting yang dia ingat boleh mengelirukan aku, tummm! bola power dari shooting maut pun terbang bagai halilintar berdentum dentum lagi mendentumkan. Serius memang laju tahap dewa bola tu. Aim yang dia bagi betul-betul ke arah penjuru gol sebelah kanan.

Pang! sekali kena tiang da...

Tapi bola tu melantun ke tiang sebelah kiri pula. Bola tu memang sungguh berniat nak bocorkan gawang aku. Aku pun meloncat dan menginjak dari tiang kanan dan terus terbang ke kiri.

Puk! Dapat ku tepis bola tu..

Sejak dari tu aku di gelar keeper legend. Nasib baik adegan tu rashid hassan(kenal tak pak cik nie?) tak tahu. Kalau tak maybe aku sekarang ni tengah jogging dengan Aidil Zaquan Adha ataupun Gurumutusamy.

Hahaha! guru, lu punya nama top la lepas menang sukan sea hari tu.

Semua tu kenangan..

Aku dah tak dapat nak ulang aksi aku safe bola mengancam beckham tu lagi. Tapi semalam aku masa main futsal, selama 90 minit aku hanya bolos 2 kali je.

-entry ni bukan nak cerita pasal keeper legend-
Share:

2 comments:

embun d tengah malam berkata...

padang tokong dalam kenangan..hahaha

Mr feckry berkata...

tau takpe