Menulis Bukan Kerna Nama

Ahad, 11 April 2010

Macam apek


Lu orang pernah tak , time bawa kereta, kereta depan lu slow gile. Bila lu nak potong je, dia ngade-ngade ke tengah sikit.

Pastu bila lu nak potong dia macam menggelabah.

Gua baru kena tadi. Benda ni bukan sekali. Tapi berkali beb. Bila gua potong jer kereta-kereta yang berperangai begitu, gua usha la driver dia. Dengan muka gua yang gua cuba buat seketat mungkin.

Comfirm pompuan. Lalu gua pun berkata," patut la, pompuan yang bawa."

Awek gua pun setuju. Lalu dia sudah bertekad untuk menjadi driver yang sehandal Alex young supaya dia tidak diperkatakan macam tu.


Realeti beb, gua banyak kali kena. Paling gua lemah time pompuan nak masuk atau keluar parking. Giler slow. Lebih-lebih lagi bab parking side. Comfirm dorang fel la. Benda ni kalau cakap kat pompuan dorang comfirm melenting.

Gua sarankan kerajaan Malaysia tarik balik la lesen wanita-wanita begini. Mengganggu lalu lintas di Malaysia.

hahah, gua gurau je. Bukan semua pompuan macam tu. Gua tau ade yang xpert cam Jane Abdullah women drifter tu. Cuma jumlahnya kurang berbanding lelaki. Gua harap pompuan tak marah gua.

Sebab gua pernah nampak yang kereta atau motor yang perangai macam tu. Tapi apek tua la. Gua tak samakan pompuan ek, Jangan ada pula pomnpuan yang terasa dengan gua. Atau jangan ada yang cuba saman gua.

Berbanding dengan laki. Dorang bawa ganas gile. Kalau boleh batu tar kat jalan tu nak aje dijadikan batu nissan kat kubur dia.

Cukup, gua tak mau cakap pasal ni.

Sebelum lu orang nak marah-marah sebab entry gua ni, gua nak share sikit. Nak jadi orang cemerlang tak?

Kalau mau sebelum tido lu orang kena maafkan semua orang. Tak kira besar mana kesalahan dorang tu. Dan lu orang cuba bermaafan dengan orang seboleh mungkin. Jadi tak adalah dendam di hati.

So sebelum tidor lu orang yang pompuan ni kalau mau jadi insan yang cemerlang, maafkan la atas entry yang kata pompuan bawa kereta macam apek tua.
Share:

28 comments:

::cdot the dot:: berkata...

gua tak sentap lu ckp pompuan bwk keta mcm lahanat..tp gua terasa la lu ckp psl apek..kecik hati gua beb..gua mmg emo bila sentuh perkataan APEK ni..

embun d tengah malam berkata...

tip bagus tu

rin~eirie de' sEcond berkata...

pemandu yg mcm tu mmg menganggu lalu lintas dan boleh increase kes kemalangan jlnraya..

hurmm...betul,cuba memaafkan..

annfrendly berkata...

sabar itu separuh dari iman beb..
ingat tu beb

annfrendly berkata...

errr.. lupe nak tulis tadi...
sepatutnya perempuan tu kena lah bagi jalan kat orang yang nak cepat kan..
kena lah timbang rase..
tulah.. dia saje menguji keimanan lu..

Mr feckry berkata...

CDOT: ayo..payah tu

Mr feckry berkata...

Embun: gunakan je

Mr feckry berkata...

Rin: so bole tarik lesen dorang la

Mr feckry berkata...

ann: gua ingat

Mr feckry berkata...

ann: masalahnya pompuan tak pernah paham

ardinihumaira berkata...

tak marah punya... hehe.. tapi kete tu comel :)

ardinihumaira berkata...

ehhh lupa nak kasitau.. dni samseng kalau bawak keta. wakakaka. kalo ada pompuan slow bangat.. dni gertak je wat nak langgar montot kete pastu wat gaya ala2 suh di ketepi.. geram la nak gi kelas lewat2 beliau bawak keta kalah kura2

Mr feckry berkata...

dini:garang gile lu ek

Hazzy Ishak berkata...

aku terasa ni
bek mintak maaf cepatt!!

ha ha

Mr feckry berkata...

Hazzy:ayo terase ke..

enyheartsdiamond berkata...

hoi! dok ngata eny lah tu lembab bawak keta :p

annfrendly berkata...

err.. betul lah..
selalu gak jumpe pompuan yg memandu secara tak berhemah..
kadang-kadang tetibe kuar simpang..
pastu suke masuk petak kuning..orang lain nak kuar simpang dah tak blay..

agak2 kalau paris hilton bawak kete camtu..marah ke tak??

ayut berkata...

ko gender bias!!!!! Aku doakan ko dapat anak pompuan tak reti bawak keta lansung.

Mr feckry berkata...

ann: lu jangan la jadi camtu ye

Mr feckry berkata...

ayut:anak aku lahir terus aku soh dia amik lesen

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

huh ! *merendahkan perempuan !


GRRRRR~

Mr feckry berkata...

miss Lolly: ayo,gua tak rendahkan ek..

Solehah berkata...

berhemah namanya tu..dah sifat semulajadi kaum wanita, lemah lembut..hehe

ElyaElmo berkata...

lambt asal kan selamat...ok tak komen gua/?Hu3

soffya cik bulan berkata...

tak tahulah kalau pula yang memandu lepas ni...huhu

selalu kena kot..:)

Mr feckry berkata...

soleha:berhemah ek..

Mr feckry berkata...

Ely:boleh diterima la

Mr feckry berkata...

sofiya: selalu kena ke atau selalu buat