Menulis Bukan Kerna Nama

Khamis, 20 Mei 2010

Separuh hilang


Pernah dengar tak perkataan pewai?

Semalam , gua rasa gua telah menzalimi tubuh badan gua. Gua biarkan dia di gasak-gasak dengan penuh rakus. Gua biar saja dengan tanpa belas kasihan. Malah gua dengan sengaja menambahkan lagi kerakusan menggasak tubuh badan gua.

Gua tahu badan gua dah penat. Dah tak larat, namun gua terus lagi menggasak. Sehinggakan kadang-kadang gua seakan terdengar bunyi teriakan di seluruh urat badan gua.

Pagi tadi gua dapat mesej dari badan gua, bahagian pergelengan tangan gua seolah tidak dapat befungsi dengan sempurna. Malah badan gua terasa terlebih panas.

Agak mengarut cerita gua ni. Sebenarnya gua rasa penat. Semalam gua trainning tarik tali, dan gua tak dapat keluarkan kekuatan yang maxsimum. Mula- mula gua rasa pelik, kenapa aku boleh tak larat ni?"

Mungkin sebab gua dah terlalu teruk trainning.

Minggu ni jadual trainning gua, pukul 12.30-2.00 gua dekat gym. Pastu pukul 6.00 petang sampai 7.30 gua train tarik tali.

Gua cuma makan pagi saja. Tengah hari gua akan minum protien.

Lu orang rasa ok tak?

Tadi gua dengar satu ceramah, dia kata," doa minta pada tuhan. Ada orang minta bila susah. sebab dia rasa benda yang dia boleh buat dia tak minta pada Allah. Jangan lupa segala kudrat datang dari tuhan."

Gua kena banyak berdoa.
Share:

4 comments:

::cdot the dot:: berkata...

ya allah, ya tuhanku...kau sihatkan la tubuh badan kwn ku ini...kau jgn la menzalimi tubuh nya dgn kesakitan....jgn la dekatkan dia dgn kesakitan...sesungguhnya ya allah, kau maha mengetahui...amin..

annfrendly berkata...

err.. jangan paksa diri.. bahaya... buat apa yang terdaya..
betol.. doa tu elemen yang penting..

Mr feckry berkata...

cdot: mata gua berair la

Mr feckry berkata...

ann:thanks for support