wrist


Tengok tangan ni, power kan? Ni bukan tangan gua. Ni tangan orang lain.

Sejak dua minggu kebelakangan ni, gua asyik rasa sakit kat pergelangan tangan gua. Tangan yang sebelah kanan. Sebab tu gua cari gambar tangan kanan. Sakit tangan gua ni dengan secara jujurnya adalah disebabkan gua selalu workout berat-berat.

Dah beberapa kali gua urut. Hari ni urut, esok baik terus pi angkat besi dekat gym. Nak buat macam mana, gym tu dah hobi gua.

Sampai sekarang, gua nak taip kat keyboard ni pun masih terasa sakit. Cam mana nak buat ek?

Tadi gua terbaca ada orang post pasal kaki. Terus gua teringat sesuatu, masa gua pergi solat jumaat. Ada seorang jemaah ni. Dia tak boleh jalan. Siap macam merangkak nak ke saf depan. Terasa sayu sangat kat hati gua ni.

Orang yang tak ada kaki beriya-iya nak ke saf depan untuk solat. Tapi housemate gua yang hendsom kacak lagi bergaya masih terdampar di atas tilam seolah tidak mampu untuk berjalan ke masjid.

Semoga satu hari nanti mereka berubah.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

13 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin