abah dan ayat kursi


Sepetang di rumah Taman kerjasama Melaka...

Gua tak ingat tahun bile. Tapi yang gua ingat masa tu gua dah sunat dah. Abah lepak dengan gua kat ruang tamu. Sambil layan tv gua rasa berukuran 27' inci tu.

Tetiba abah membuka mulut," adik dah hafal ayat kursi tak?"

Gua yang tengah minum milo taik( milo terapung) terus tersedak. Lantas gua bersuara," Dah, kenapa bah?"

"Cuba baca abah nak dengar," arahan atau lebih kepada pinta abah gua.

Gua pun berdiri tegak seolah mahu menyanyikan lagu negaraku. Tangan gua rapat mengepit baju kiri dan kanan. Lalu gua membuka mulut dan membasahkan lidah dengan bacaan ayat kursi sekuat-kuat hati.

Abah tampak sangat berpuas hati dengan bacaan gua. Abah bersuara lagi, " kena selalu baca tau."

Gua tanya lagi tanda macam tak puas hati," kenapa bah?"

"Hari tu, kat kampung. Abah balik dari makan roti canai tengah malam. Tetiba ada hantu galah halang abah naik motor. Tinggi hantu tu. Abah cuba pusing belakang nak patah balik, tapi kat belakang ada hantu pontianak pula," cerita abah yang buat gua rasa nak terkencing masa tu.

Abah sambung lagi," abah baca ayat kursi sekali, hantu tu menjerit panas. Abah baca kali kedua, hantu lari. Abah baca kali ketiga, hantu terbakar."

"Wa.....! Dahsyatnya abah!" aku sorak sambil menepuk tangan tanda kagum.

"Bukan abah yang dahsyat, ayat kursi yang dahsyat. Nanti kalau baca, syaitan takut dengan kita.Sebab kita dilindungi oleh ayat kursi. Kena selalu baca la," pesan abah yang sehingga kini gua masih ingat.

Kalau tak silap, peristiwa ni dah bertahun agaknya berlalu.

Semalam abah mesej gua. Bunyinya begini," anak2 ku, esok hari lahir abah ke 68. Abah kerap rasa sakit. Tak dapat pergi kerja kebun. Terpaksa duduk di rumah melaka."

Gua terus rasa sebak, dan menitis air mata.

"Abah, selamat hari lahir ke 68. Semoga abah akan sihat dan kuat seperti biasa. Adik sayang abah. "
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

20 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin