Last


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Semalam gua macam ngantuk.

Tersengguk-sengguk gua dengar pak ustaz tu bagi tazkirah. Mata gua pula macam ada gam rasanya. Garu kanan, garu kiri. Bontot gatal, tangan pun gatal.

Tetiba gua angkat kepala sambil mendengar kata ustaz tu," anda semua kenal abang din beramboi?"

Dalam hati gua jawab," siapa tak kenal."

Ustaz tu carry on lagi," adakah abang din beramboi kita, tahu yang ramdhan yang lepas adalah ramadhan terakhir beliau?"

Gua tersentak.

Ustaz tu sambung lagi, "Saya percaya abang din beramboi kita tidak tahu itu adalah ramadhan last dia. Kita bagaimana? Ramadhan kita? Ramadhan lepas dah tinggal sejarah. Ramadhan akan datang tiada jaminan. Pastinya adalah Ramadhan kini. Kita tidak tahu samada tahun ini adalah Ramadhan ni terakhir kita."

Gua terangkat lagi kepala.

Ustaz tu cakap lagi," renung-renungkanlah"

Gua tambah dalam hati," selamat beramal".

Kenapa gua letak gambar Mike Tyson? Sebabnya adalah info ini.Secara resmi, pada 1995, selepas dari penjara di Indiana, Mike Tyson mengumumkan telah memeluk agama Islam yang telah dipelajarinya selama di dalam penjara.

Nama Muslim Tyson adalah Malik Abdul Aziz.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

10 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin