Balik kampung-Menjelang raya




Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

Gua dah mula risau. Kalau esok raya, mahu kelam and kabut gua ni.

Sekarang ni, gua baru sampai ofis. Cepat-cepat on PC untuk taip entry ni. Risau memang tak hengat. Kat ofis gua hanya tinggal 10% je mahkluk yang kerja, termasuk ikan kat dalam kolam.

Dalam kepala gua sejak dari awal lagi berfikir," macam mana gua nak cabut belah jap lagi ni?"

Gua tak kira, lunch hour je gua akan belah balik Melaka. Gua dah pesan dah member gua tolong punchkan punch kad gua.

Andai besok raya, dah comfirm malam ni gua akan qiamulail mengisi beras ketupat. Haiyo...!

Gua rasa nanti masa raya gua akan busy sikit. Then mesti gua tak sempat nak post ape-ape pasal raya. Gua tahu lu orang pun macam tu. Mesti bizi melantak ketupat.Tahun ni raya lain sikit. Kali ni raya terakhir gua di zaman bujang. So gua nak raya sebujang yang boleh.

Sebelum gua letak full stop, gua nak ucapkan Selamat hari raya dan Maaf Zahir bati. Walaupun gua rasa gua tak ada bagi masalah dengan batin lu orang, kira maafkan je la. Semoga ray kali ini lebih bermakna pada kita semua.

Okey, ni duit raya untuk lu orang semua tau. Tahun gua dapat duit terlebih pula. Daripada buang-buang baik gua bagi lu orang ek.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

24 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin