Takbir raya..
Mungkin lu orang dah biasa takbir raya di Masjid ataupun surau yang dekat-dekat dengan rumah lu orang. Gua pun sama. Cuma pada gua takbir raya ada lebih sikit.
Takbir raya. Kat tempat gua, takbir raya bukan setakat kat masjid atau surau. Kami buat di setiap rumah.
Biasanya masa malam raya, gua dan abah gua akan berjemaah di surau. Then kitorang takbir raya kuat-kuat dengan jemaah yang lain. Lepas takbir di surau, kitorang akan bertakbir di rumah-rumah. Serius, suasana memang best. Kalau dulu masa kecik2, sambil berjalan nak ke rumah-rumah, gua dan member akan main bunga api.
Bila lepas takbir, tuan rumah akan menjamu makan kepada kami semua. Masa tu, kene makan pelan2. Sebab bukan satu rumah je yang jemput untuk takbir, paling sikit lima. Kalau tiap-tiap rumah balun kow2, mau pecah perut masa rumah yang last tu.
Malam tadi malam raya. Macam biasa gua mengfollow tradisi ni lagi. Gambar kat atas tu adalah masa takbir raya rumah gua malam tadi..
Tags:
raya