Tadi, kejadian yang amat mengejutkan dalam 25 tahun gua hidup.
Minggu depan office gua nak buat majlis makan malam. So , ajk-ajk(dalam huruf besar) mula la kerja mengatur program.
Tetiba gua di kunjungi oleh AJK persembahan. "Zul, ko menari ek makan malam nanti. Akak dah letak name ko. Menari zapin je. Kita buat coupel2."
Gua dengan kaget dan terpinga-pinga," pehal pula saye kene menari?"
Ade ke patut gua yang hari-hari main besi kena menari. Tujuh keturunan gua tak mengaku sedara nanti. Tarian zapin pula tu. Kalau zapin mesti kene meliuk lentok. Gua ni dah la keras. Kalau gua join, mahu sampai pencen gua jadi bahan.
Mengarut, bukan gua ejek atau hina menari ni. Tapi kata orang, nak buat sesuatu tu biar la ukur baju badan sendiri.