Entry tak ada modal.
Lu orang tengok, gua dengan gambar atas tu macam kembar tak? ramai dah cakap, tapi gua tak mahu percaya.Mesti sambil membaca luorang akan berteriak," ah! perasannya mamat ni!"
Ada kami di gelar jejaka maskulin? Oh tidak gua makin merapu ni. Memang comfirm lu orang cakap gua perasan tang tang tang. Haha.
Pagi jumaat lepas gua kena kacau dengan perempuan. Time tu pagi. Gua masuk opis awal masa tu. Lebih kurang 6.50 pagi. Macam biasa gua buka la lagu kat pc gua.
Tetiba dengar bunyi orang main pintu bilik bos gua. Gua usha la, mana tau bos gua dah sampai. Tapi bos gua cuti. Lepas tu, paling cam haram gua dengar ada suara perempuan. Kalau merdu macam Yuna tak apa la. Ni tidak, bunyi pompuan mengilai. Tegak bulu roma gua.
Tapi gua tak lari. Relax je gua membatukan diri sambil menguatkan lagi sound speaker gua.
Mengapa gua di kacau perempuan sebegitu? Pelik.