Menulis Bukan Kerna Nama

Jumaat, 3 September 2010

Menulis dalam marah


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Elakkan menulis blog ketika marah. Nanti asyik keluar perkataan maki hamun je. Kata orang tua ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Gua cuba elakkan menulis dalam keadaan marah.

Bulan ramdhan gua cuba cari ketenangan. Nak sucikan diri untuk bersedia berjumpa dengan Allah nanti. Sebelum ramdhan gua merayu pada Allah supaya dia bantu gua di dalam kesulitan. Menangis pun pernah. Dan Allah maha pengasih dan maha penyanyang.

Abang gua, pinjam kereta gua 4 hari sebelum ramadhan, keretanya rosak. Janji nak pulang sehari sebelum ramdhan. Hujung minggu lepas itu, ibu gua call minta permission on behalf of bro gua. Supaya panjangkan tempoh pinjaman hingga ke seminggu lagi.

"Adik beradik kena tolong menolong, hari ni hari dia, mana tahu esok2 hari kau," kata ibu gua.

Gua setuju atas nasihat dan pujuk ibu gua. Hari bersilih ganti. Imam terawih pun dah bertukar2 surah. Juadah buka pun dah bertukar menu, namun gua tetap kena kencing basah bro gua.

Gua sms. Dia merayu lagi. Keta wajanya tukar timing belt, dan kena caj rm2k....? katanya. Pastu call ibu gua pun menyusul dan bermotifkan sama seperti sebelum. Kali ni ayat lagi power.Gua makin rasa cam tak best.

Next wek, raya. Gua ada beli banyak kuih raya. Pastu baju raya, songkok tinggi gua lagi. Camne ek gua nak bawa?

Adakah bro gua terfikir nanti macam mana adiknya nak bawa balik barang ni untuk pulang ke kampung?

Gua nak je pakai baju hitam, tuala key merah ikat kat kepala macam awie, pakai rantai benggle besar2 kat leher ngan tangan, pakai suar jeans hitam dengan boot timberland high cut dan pergi rampas kete gua kat umah dia.

Tapi dalam hati terdetik," bro gua kat serawak. Kete gua akak ipar yang pakai untuk pergi kerja dan hantar bebudak ke sekolah. Kalau gua rampas macam tu, camne die nak buat semua tu?"

Gua fikir lagi," takkan gua nak biarkan keluarga bro gua susah macam tu dan pentingkan diri gua?"

Hati gua berdetik buat kali ketiga," tapi gaya bro gua ni macam nak buat harta je kereta gua. Nak dekat raya dah ni."

Tertekan juga gua dengan perkara ni.

Andai la bro gua terdetik baca blog gua ni , ( walaupun gua rasa dia tak akan baca ) nasihat gua, ibu abah kita dah tua, dorang tak larat nak tengok semua ni. Gua tau lu prob sekarang ni. Banyakkan solat dhuha. Allah tu Maha pemurah dan Maha Penyayang. Allah takkan uji hamba-nya melebihi kemampuan hamba-Nya itu. Buatlah solat dhuha. Walaupun tak ada masa. 2 rakaat je cukup dan istiqamah.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”


(ayat 2-3 surah al-talaaq)

Satu lagi nasihat gua," PULANGKAN KERETA CEPAT!"

Kelmarin gua mimpi ular. Gua tanya member gua yang dah berumur tu. Jawabnya," kalau perempuan tanda orang nak masuk meminang. Tapi kau ni agaknya nak kena belit ni."

Tak nampak marahkan posting gua ni ? (",
Share:

18 comments:

Hazzy Ishak berkata...

kena tuntut cepat tu, nanti balik raya jalan kaki le

y@n@ M!B berkata...

sbr..bln pose kena byk pk positif...

kamu bujang..senang bergerak..akak ipar tu ada anak²..leceh & agak bahye klu nk nek public transport..

moga kamu dpt balasan setimpal dgn apa yg kamu buat..amin ^_^

Mr feckry berkata...

hazzy:gua pun rase macam tu

Mr feckry berkata...

yana:huhu

AyUT berkata...

aku tahu tahap marah kau ni, kalau kau tak tahap marah macam ni kau takkan tulis kat dlam blog. Aku rasa raya kali ni ramai yang bengang dengan dia, terutamanya kau dan aku. Harus diingat, apa2 hal yang berlaku, aku jugak akan jadi pendengar setia radio hot fm kat rumah tu.

Mr feckry berkata...

ayut:memang geram!

BeJeRd In-Da HoUsE berkata...

tu la lu bro...gua rilek2 dpt pinjm kete fie sampei raye pecome...lu tgglkn die sape suroh? mmg rejeki gualah...


moral:rilek ar bro..skng abg lu susah lu tlg..esok luse lu susah sape tau abg lu tanggung

Mr feckry berkata...

bejerd:ape lu cer ni

Mak Su berkata...

maksu bc pun mrh... hoh.... tapi kita tenang, tenang...tak per, moh amik wuduk kasik sejuk

Mr feckry berkata...

maksu:baru buat solat hajat ni

HLiza berkata...

Kekadang marah kena lepaskan..tapi ada gak org yg tak paham2 bahasa..camne..

Mr feckry berkata...

Hliza:ntahle

hamzah ian berkata...

ape kaitan gmbr kete???hahaha

Mr feckry berkata...

pasal gua cerita pasal kete

annfrendly berkata...

laaa.. kesiannya..
dah nak raya dah ni.
memang bagus menolong adik beradik..
tapi kalau sampai tahap menguji kesabaran ni...
ni part yang paling payah nak kaw-tim..

mintak2 lah kete tu dipulangkan kembali..

Anne Boleyn berkata...

bagus lu bro. den salute entry ni mmg langsung tak nmpak marah wlaupun den paham hati lu skang ni tengah menggeledak ni. banyak2 sabar yer bro. :)

moga terbuka pintu hati si abang tu nak pulangkan kete bro. :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

macam tak marah je... cari sampai lubang cacing

Syida Shukor berkata...

kadang kadang marah masa tengah buat entry sebab itulah terjadinya entry tak puas hati hee hee