Rancangan merapu raya


Lama gua tak update.

Actually semalam gua dah masuk office. Tapi juz rest2 je. Mana ada mood nak buat keje beb. Mood raya ada la. Opis nampaknya masih lengang dan sepi. Kebanyakkan staff next week baru nak masuk.

Last sunday, Mak dik gua telah pulang ke rahmatullah di rumah gua. Yes, arwah adalah adik mak gua yang paling rapat dengan gua. So serius gua sedih di atas pemergian dia. Alhamdulillah perjalanan menguruskan jenazah beliau berjalan dengan baik dan lancar.

Beliau menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pada pukul 12 lebih tengahari. Gua doakan roh Mak dik gua di tempatkkan bersama orang-orang yang beriman.

Bila gua termenung dan fikir-fikir, gua rasa banyak teladan gua dapat dari kejadian ni. Gua dapat tengok secara live saat sakarat , gua dapat involve secara langsung dalam perjalanan menguruskan jenazah. Serius, masa tu semua kelam kabut.

Nak cari Bilal untuk mandikan jenazah, nak setel hal gali kubur, pastu kelengkapan mandi, kapan, dan macam-macam lagi.

Tapi dalam kes gua, sanak saudara semuanya bekerjasama menguruskan jenazah mak dik gua.

Gua sempat juga membawa jenazah makdik gua sampai ke liang lahad. Pada mulanya gua tak bercadang untuk turun hingga ke dalam liang lahad. Tapi atas permintaan pak cik gua, gua turun juga. Serius, ni pengalaman yang sangat berharga. Nak kebumikan jenazah haruslah dengan penuh penghormatan. Masa meletakkan jenazah di dalam liang lahad, haruslah hadapkan ke kiblat.

Semua tu pengalaman yang sangat berharga buat gua. Ya la, kalau masuk kursus pengurusan jenazah pun tak sama dengan urus jenazah yang sebenar.

Gua teringat kata ustaz masa gua pergi terawih hari tu. "Selepas ramadhan, Allah akan berikan ganjaran pada hamba-Nya seolah seorang majikan memberi upah pada pekerjanya secara cash."

Yup, pengalaman ni gua rasa adalah ganjaran dari Allah. Sangat beharga. Alhamdulillah.

Al-Fatiha untuk insan yang tersayang Rokiah binti Said. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

- gua geram betul la, raya ni banyak sangat cerita hantu. Momok the movie la, bangkitnya pocong 40 hari la.....sampah je gua rasa....
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

8 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Israel laknatullah

Band Rimba Bara

Dendang anak