Langkau ke kandungan utama

Teringat b4 1 syawal

Gua mengaku, tak puas beraya tahun ni.

Ada ke patut gua cuti dua hari je. Padan muka gua, sebab gua yang apply dua hari. Nak simpan cuti untuk kawen la katakan. Ok ni entry pasal juadah raya. Gua ambil gambar ni dari blog kakak gua yang tertua. Betul la, dia kakak gua yang paling tua. Bukan pasal umur dia tua. Baru je 2010-1972=?

Gua tanya dia," along dengan rozita che wan siapa lagi tua."

Kalau tak silap along gua jawab," lebih kurang je umur."

Gua tanya lagi," kenapa along tak macam rozita che wan?"

Sambil menggemgam streka yang amat panas di tangan along gua, dan mungkin terdetik untuk membaling streka tu kat kepala gua lalu dia menjawab," tuuuuuutttt.." sorry gua terpaksa sensod kan jawabannya.

Gurau senda membawa bahagia kan? Situasi ni berlaku mase malam raya.

Ok, gambar kat atas tu gambar masa pagi raya. Biasa la, pagi raya gua dan family akan bertakbir di meja makan sebelum beraksi untuk makan. Masa takbir tu, dalam hati gua sudah bergejolak keinginan nak makan semua yang ada atas meja. Tapi sabar, tunggu habis tahlil dan takbir raya.

Sebelum makan, gua akan pastikan dalam pinggan gua, ada kurmak ayam+lemang+ketupat+rendang+kuah lodeh sikit. Tapi tahun ni gua plus kan sekali dengan rendang perut. Gua pun pelik, tahun ni gua rasa rendang perut ibu gua lebih sedap dari segalanya. Tapi serius, chef wan kalau rasa rendang perut buatan ibu gua, mesti die mengaku kalah.

Suka pula gua tengok gambar ni. Sebab gua nampak, dalam gambar ni macam ada orang yang bersongkok tinggi tu iras-iras muka rosyam noor tengah makan ketupat. Haha..

Dalam gambar ni, tak semua ahli family gua ada, angah and family tak ada, along pula tengah snap kamera. Abang Shidi, tak muat masuk gambar kot. Kalau dorang semua ada, gua rasa ada yang kene makan atas lantai jawabnya. Maklum la space tak ada.

Rasanya ni last entry raya 2010 kot..

Ulasan

HonEyBuNNy berkata…
wah2....simpan cuti untuk kawin..bagus~~~...;-)
::cdot the dot:: berkata…
ehhhh..apa plak muka mcm rosyam..lagi ensem org songkok tinggi tuh dari rosyam...
Syida Shukor berkata…
dah tak ramai orang pakai songkok tinggi ! :D
Mr feckry berkata…
honey:tu pun gua rasa cam tak cukup
Mr feckry berkata…
honey:tu pun gua rasa cam tak cukup
Mr feckry berkata…
cdot:makin tinggi songkok gua
Mr feckry berkata…
Syida:kire gua ni lelaki melatu terakhir la
ayaa alyy berkata…
kawen jgn lupa jempu yea :P
happy eid mubarak !
Mr feckry berkata…
ayaa:mesti jemput
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata…
raya je ..kan sebulan bagi melayu..kalau nak bes puasa 6..pastu mesti terasa cm raya
darkangel berkata…
nasib lu tak beraya dengan muka seterika.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata…
cucu hang jebat ke hang tuah
Mr feckry berkata…
brutal:minggu depan gua stat
hamzah ian berkata…
hoyeah hoyeah..

mane satu ko?
Mr feckry berkata…
darkangel:gua tau die tak sekejam itu
enyheartsdiamond berkata…
saya nk jadi macam rozita che wan bila dah berumur nanti <3
alinac lover berkata…
syok gak raya..yong raya sakan aww
Mr feckry berkata…
alinac:mesti best kan
Anna Boleyn berkata…
lu ni bro suka buat ayat ayat menggeletek hati den. gua mulenye tak perasan sape yg pakai baju kelabu songkok tinggi tu. nsb baik lu bg description .
annfrendly berkata…
waaa.. banyaknyeee makanan kat atas meja tu... songkok tinggi..
nampak classic.. lawa..
eh.. hensem.

Catatan popular daripada blog ini

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…