Menulis Bukan Kerna Nama

Jumaat, 12 November 2010

Kunci hilang

Tadi gua pergi BPH kat kompelks B putrajaya.

Actually, gua ada hal sikit kat sana. Hal gua tu sekejap je. Boleh di katakan 5 minit je . Nak hantar barang je pun.

Pukul 10 pagi gua pergi. Pukul 10.15 dah setel dah. Relax je balik dengan macho. Menuju ke motor yang gua pinjam dari budak opis gua. Sampai je kat motor. Gua raba poket. Raba lagi dalam. Semakin dalam gua raba, makin panik pula gua rasa.

Cis!, kunci motor hilang. Panik betul gua time tu. Dah la motor member gua. Kalau motor gua , cool sikit gua. Dalam kepala , apa  gua nak jawab kat mamat ni.

Gua pergi patah balik ke BPH. Cari bagai nak gila. Memang tak ada. Setiap kaunter yang gua lalu, gua tanya. Tapi..hampeh..

Gua teringat abah gua pernah kata. Kalau hilang barang baca la..laqad jaa'akum..

Terkumat-kamit mulut gua baca. Di selang pula dengan ayatul qursi. Berulang-ulang gua baca. Gua kembali pula kat motor dengan hampa. Kecewa beb. Mana gua nak cari kunci motor member gua tu. Dah la gua pinjam.

Tetiba gua terdetik nak usha kat pondok parking kereta. Selamba gua tanya," bang ada tak orang bagi kunci kat sini.?"

Jawab berade tu," ada ni orang jumpa kunci."

Gua punya syok, bagai nak gila. Lu orang bayangkanlah kalau gua tak jumpa. Apa gua nak jawab. Pening gila  gua tadi.

Balik atas motor, trus gua nyayi lagu maher zain..

Alhamdulillah...alhamdulillah..

:-laqad jaa'akum tu ayat terakhir dari Surah at-taubah.
Share:

10 comments:

y@n@ M!B berkata...

bagus..kena yakin dgn bantuan dari Allah =)

Hazzy Ishak berkata...

kalau tidak balik jalan kaki lah

Mr feckry berkata...

yana:stuju

Mr feckry berkata...

hazzy:jauh beb

annfrendly berkata...

uish.. nasib baik jumpe kunci moto tu.
Trime kasih..
kena pratikkan ayat tu bile barang ilang nanti..

Anna Boleyn berkata...

alhamdulillah~ :)

Mr feckry berkata...

ann:kene yakin

Mr feckry berkata...

anna:yarhamkallah

HonEyBuNNy berkata...

alhamdulillah....allah sntiasa tlg umatnya yg sentiasa berdoa..

Mr feckry berkata...

honey:setuju sgt