Langkau ke kandungan utama

The Biggest Loser

Gua tengok the biggest loser. Rasa macam nak masuk pula. Kalau la dulu gua masuk, kan best. Dapat macam-macam beb. Tak menang pun tak apa.

Rasanya gua layak lagi ke?

Masa balik melaka hari tu, ramai yang tanya. Kenapa gua ni tetiba kurus. Kejap gemuk, kejap kurus. Actually , ni dah kali ke berapa gua kurus balik. Gua rasa dah tiga kali kot. Member gua kata gua ni nak kurus ke gemuk ke macam tukar baju je.

Ni gambar gua masa bulan 2 tahun ni.



Ni pula gambar gua bulan lepas. Ada beza tak? kalau tak, memang la lagi tiga hari lu orang tuuuttt.... Rabun ke, buta ke gua pun tak tahu. Sendiri mau ingat.

Gambar bulan ni gua tak ambil lagi. Tak sempat pula.

Memang senang nak turunkan berat badan. Nak naik pun senang. So tak salah kalau gua cakap gemuk kurus ni macam tukar baju. Masa bulan 2 berat gua 110kg. Sekarang ni ok la dapat 87 kg. Gua target nak turunkan sampai 75kg. Tapi tak dapat lagi.

Bulan depan  may be dapat kot. Tapi tak tahu le lepas kawen ni macam mana. Adakah berat gua akan kembali naik?

Juz wait and see. Gua cuma nak bagi motivate kat sesape yang rasa susah gila nak turunkan berat badan. Sebab semua ni tak susah kalau betul-betul nak. Yang penting buat. Kalau tak buat then tido sambil mengeluh pasal berat badan, mana nak jadi. 

Layak tak kalau gua nak masuk biggest loser?

Ulasan

enyheartsdiamond berkata…
berat gua, tinggi gua.. normal.. cukup2lah.. syukur :)
alinac lover berkata…
kekeke

tembam je ek dulu
annfrendly berkata…
wah.. lepas bace entri ni semangat nak turunkan berat nih...
Mr feckry berkata…
eny:lu memang steady
Mr feckry berkata…
alinac:tau tak pe
Mr feckry berkata…
ann:rase cam dah okey je
Hazzy Ishak berkata…
bro memang rajin pegi gym lah. makin sasa...
he he he
Mr feckry berkata…
hazzy:tak capai KPI lagi
HonEyBuNNy berkata…
layak masuk biggest loser...hehehheheh
Mr feckry berkata…
honey:hahaha
Tanpa Nama berkata…
Sederhana dan manis. Aku sedang berpikir untuk memulai blog lain atau lima segera, dan saya pasti akan mempertimbangkan tema ini. Keep em 'datang!
Mr feckry berkata…
tanpa nama:cool and elegan

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…