Menulis Bukan Kerna Nama

Selasa, 14 Disember 2010

Lajunya

Laju gila masa berlalu.

Kejap je dah 14 hb. Gua rasa masa berlalu macam laju sangat. Ke gua yang sangat sibuk sehingga tak mengenal masa.

Gua banyak habiskan masa pergi gym sekarang, sebab game strongest men tu minggu ni. Kesian juga kat nono sebab gua jarang luang masa dekat dia. Kata orang makin dekat nak kahwain makin berdebar perasaan. Betul juga kata orang tu. Nak tau apa gua rasa?

Macam ada bom nak meletop atas kepala. Actually banyak benda gua risau. Tapi gua cuba cool dan relax je. Ya la lelaki kan kena cool je. Kalau menggelabah, nampak cam mengarut je.

Beb, pejam celik-pejam celik minggu depan gua nak nikah. Minggu ni gua akan edarkan kad kat office. Saja gua bagi lambat-lambat, sebab kalau cepat nanti dorang lupe pula.

Ok, jom sabung kerja.
Share:

0 comments: