Betul tak tajuk entry gua?
Samada lu orang percaya atau tidak, tu adalah hakikat yang gua hadapi sekarang. Abah gua kena stroke, pada gua dia tak patut kena. Dia bukan orang tua yang lemah. Dia rajin exercise. Seharian tanpa exercise akan buat dia rasa gelisah tak menentu.
Abah gua kena stroke rabu petang. Masa tu dia pergi mengeteh di parit sulong. Biasa la orang kampung, lepas berkebun dorang pergi kena secawan teh di warung.
Selesai makan dan minum di warung dan eramah mesra dia pun beredar. Masa nak start motor kapcainya, imbangan badan sebelah kiri goyah lemah. Dia tak rasa apa-apa. Bagaikan macam ada benda yang menarik dia ke bumi. Akhirnya dia rebah. Begitu mudah saja kan dia jatuh. Jatuh akibat angin ahmar.
Sekarang gua teman dia tidur di hospital. Masuk hari ni adalah hari yang kedua. Di depan gua, dia sedang meronta-ronta untuk bangun. Sebolehnya dia menggunakan satu tangannya itu untuk bangun. Gua cuba bantu, gua tanyakan mahu ke mana. Katanya nak pergi bilik air. Tapi dengan keadaanya mana mampu untuk dia ke bilik air dengan satu kaki saja. Gua tak terdaya untuk papah. Sebab bila stroke, seseorang tu akan menjadi sangat berat. Gua tak mahu menanggung risiko. Takut kalau dia jatuh.
Dia meronta lagi. Katanya mahu minum air oren sebotol. Dia cuba mencapai dengan keadaan seolah mengensotkan badannya, hampir dicapai, sikit lagi, cuma beberapa cm saja lagi. Gua terpaksa jauhkan botol itu. Kalau di minum sebotol air oren itu, akan mendatangkan masalah di bahagian paru-parunya. Gua cuma mampu berikan beberapa titis air oren tu.
Gua faham perasaan kecewanya. Lu orang bayangkan kalau kita di tempat dia, pagi kita sihat. Petang kita sihat, tiba-tiba saja kita lumpuh separuh badan dan tak mampu buat apa-apa. Siapa yang tidak akan kecewa dan gelisah.
Gua lihat dada dia mencungap-cungap lepas dia cuba sedaya upaya menggerakkan badan. Setiap kali dia cuba bangun, gua akan cakap," abah tak boleh bangun, nanti abah jatuh."
Dia tanya kembali," apasal?" gua tak mampu nak jawab.
Jumaat depan gua akan ke terengganu untuk bernikah. Ibu dan abah tak dapat ikut. Lu orang bayangkan, siapa yang tak sedih kalau ibu bapa tak dapat bersama raikan hari ijab kabul. Serius, gua sedih. Gua nak bakal isteri gua mencium tangan ibu dan abah gua lepas kami di ijab kabulkan. Gua mahu abah berada di sebelah gua masa gua mahu di nikahkan. Gua mahu ibu tersenyum lebar ketika selepas gua di nikahkan. Tapi apa kan daya, semuanya sudah ternyata kabur.
Gua cuma bertemankan adik beradik gua dan bapa saudar saja.Tak mengapalah, abah sakit. Terlalu benar akan kata orang," nak kahwin, dugannnya terlalu banyak.
Ya Allah, gua redha....