KL Tug of War 2011

Gua dah hampir 2 tahun main tarik tali. Memang, dulu gua anggap tarik tali macam game bebudak. Time sukaneka je yang main game ni.

Tapi lepas gua join team Tarik tali MOF, mata gua hampir terjojol dengan game ni. Dahsyat beb, dari segi latihan sampai ke game. Memang terlali mencabar. Lagi dahsyat dari main bola sepak. Pertarungan kekuatan yang tulen.

Kunci kemenangan hanya pada semangat kedegilan yang mahukan kemenangan. Teknik dan perlu selari dengan permainan yang bijak.

Gua dah join banyak tournement tarik tali, tapi semalam adalah kejohan tarik tali yang terbesar. Di mana ia terbuka seluruh Malaysia.

KL Tug Of War 2011 beb!

Satu Malaysia turun siut!! Untuk kategori terbuka, seramai 25 team ambil bahagian. Gua punya team salah satu darinya. Gua main untuk Jerung KL. Kelab gua hantar 2 team. Satu team mewakili Locvest Security, satu team lagi mewakili Kementerian Kewangan (MOF). Gua main untuk MOF. Kira cam Jerung B la.


Team MOF masuk 3 ketegori. Lelaki, wanita, dan campuran. Gua main 2 kategori, campuran dan lelaki. Penat beb. Gua kira ada la sampai 12 kali tarik. Dari pagi sampai ke petang beb. Ok ni clip vedeo masa lawan dengan team blue reid A(bomba). Gua rasa dalam 2 tahun gua main tarik tali, set ni yang paling syok. Gile punye best set ni.


Team lelaki MOF hanya berjaya sampai di quarter final. Team campuran dapat no 2. Kategori wanita dapat no 1. Team Locvest juara bagi kategori open lelaki.

Walaupun team yang gua bawa tak dapat champ, tapi harus berbangga juga pasal kelab gua boleh di katakan sapu bersih semua hadiah tu. Yes Jerung KL mengganas tahun ni.

Bagi gua, ini satu permulaan yang baik untuk aktiviti sukan gua. Gua akan join macam-macam lagi sukan dan juga tournement. Target gua paling kurang 3 pingat untuk tahun ini.

Penat gila beb, best gila gua rasa nono sentiasa di samping gua masa game tu.


 
 
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

1 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Komik Hong Kong

Ada apa sama KEBAL