Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 2 Mei 2011

Joging,,umur gua 26..tapi energy macam sweet 16


Pagi tadi gua sarung kasut jogging wa yang berjenama brook...mahal beb, tapi sponsor punya kasut.
Gua peergi jogging buat pertama kalinya untuk tahun 2011 ni. Lama dah gua tak jog. Gua rasa mesti pancit jap lagi. Maklum lah, umur wa pun dah meningkat belia.

Rumah gua kat presint 8. Ala yang dekat food court tu. Belakang food court tu je rumah gua. Gua mulakan step pertama. Dalam hati gua bajet gua akan u-turn kat jambatan putrajaya yang macam jambatan pulau pinang tu. 

Bila sampai kat jambatan tu, gua tak rasa kaki gua puas berjogging. Wa tak berhenti. Terus jogging. Dalam tak sedar, wa dah sampai di depan Masjid putra yang warna merah tu. Pelik, kaki gua tak penat lagi. Malah makin bertenaga. Gua teruskan. Lalu JPM. Gua pusing kat jambatan di rounddabot bukit tu, menghala ke presint 8. Sampai di kelab tasik wa dah start rasa penat.

Baru niat nak berhenti, aisey nampak seorang makcik sedang berjogging sambil memandang gua. Kalau gua stop mesti makcik tu kata wa dah pancit.

Tak berhenti, terus jog lagi. Sampai la kat food court presint 8 kembali. Bila wa stop, gua rasa macam robot pula gua jalan.

Puas betul jog pagi ni. Gua pikir balik, gile jauh wa jog. Power lagi ek stamina gua...
Share:

0 comments: