Nabi Muhammad s.a.w kata, tiap-tiap sakit ada ubatnya kecual tua dan mati.
Hujung minggu yang lepas, wa bersama istri tercinta membawa abah gua da di temani oleh bro gua pergi ke klinik Darussyifa' cawangan melaka. Walaupun klinik ni punya HQ ada di bangi tapi dah parent gua ada di Melaka wa bawa la yang kat melaka punya cawangan.
Abah gua kan kena strok. So kami bawanya untuk rawatan susulan strok tu. Ihktiar melalui kaedah perubatan Islam.
Wa sempat la snap sikit kawasan persekitaran darussyifa ni. Jom kita usha.
Ini pula gambar-gambar bilik rawatan Ada bilik untuk mulimat sekali. Jadi tak jadi masalah untuk pesakit wanita datang membuat rawatan.
Surah al-Isra':82).
Hujung minggu yang lepas, wa bersama istri tercinta membawa abah gua da di temani oleh bro gua pergi ke klinik Darussyifa' cawangan melaka. Walaupun klinik ni punya HQ ada di bangi tapi dah parent gua ada di Melaka wa bawa la yang kat melaka punya cawangan.
Abah gua kan kena strok. So kami bawanya untuk rawatan susulan strok tu. Ihktiar melalui kaedah perubatan Islam.
Wa sempat la snap sikit kawasan persekitaran darussyifa ni. Jom kita usha.
Ni kawasan luar. Klinik berada di Ma'had ar-Rahmah kampung solok gaung, ayer molek melaka.
Abah gua tengah lepak . Masa ni wa tengah buat pendaftaran untuk dia.
Memula sampai , masa daftar tu tak la ramai. Wa ingat hari tu mesti tak ramai yang datang. Tapi rupanya memang ramai gila. Sampai sesak dalam klinik tu. Bilik rawatan fullybook beb.
Ada juga pesakit terpaksa di rawat di luar bilik rawatan Thats mean tempat menunggu . Walaupun ramai dan lama menunggu giliran, meraka sanggup tunggu. Ada yang datang dari jauh selatan tanah air. Paling menarik adalah setiap rawatan tidak di kenakan sebarang caj. Kalau lu orang hulur duit sebanyak mana kat perawat tu, haram depa nak ambil. Mesti tolak punya.
So lu orang boleh bagi derma je kat tabung derm klinik dorang. Beb , perawat ni semua buat kerja amal je. Tak di bayar gaji pun. Layanan dorang pun wa cakap lu memang terbaik Tak pernah mengeluh pun walaupun ramai. Senyum je.
Kata pengerusi Darussyifa Melaka Ustaz Faisol kalau tak silap namanya," rawatan darussyifa ada dua kaedah. Pertama kaedah langit iaitu berdoa minta bantuan dari Allah, dan kedua kaedah bumi iaitu menggunakan bahan-bahan dari bumi sendiri contohnya herba."
Cantik kaedah tu. Ramai yang kata darussyifa ni sekadar halau hantu je. Silap beb, mereka merawat sakit jasmani dan juga rohani. Sakit fizikal pun dorang rawat. Contoh kalau kena sakit kanser ke, batu karang ke, boleh je di rujuk kat dorang. Saranan gua , kalau lu orang sakit, tak kira apa jenis sakit dan lu orang dah tak tahu dah nak cari ihktiar kat mana cuba la alternatif ni ke darussyifa berdekatan. Insyaallah, dengan izin Allah ada jalan penyelesaiannya.
Sebelum itu full stop posting ni jom kita hayati ayat ini.
Surah al-Isra':82).
Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.