Lantai Merah - 8

Baca kosmo pagi ni.

Geleng kepala pasal kes maknyah nak tukar nama perempuan . Siap fight kat mahkamah. Pastu saja wa taip kat google image perkataan maknyah.

Wa terjumpa gambar ini.


Wa terkejut beb tengok gambar ni. Serius istigfar panjang gua bila tengok gambar ni. Terpegun dengan kecantikan dorang? Yes memang dorang cun..

Yang kanan tu gua langsung tak pandang. Tapi yang kiri tu.Gua tatap lebih lame lagi. Wa tak geleng kepala. Cuma dalam kepala wa terlintas semua kenangan dengan dia.

Gua kenal dia ni. Kenal sangat beb.


Dia, adalah sahabat gua yang gua panggil fizi. Satu kampung satu sekolah. dan gua pernah satu kelas dengan dia. Wa pernah makan di kantin sekolah dengan dia.

Memang cantik lu fizi. Lama wa tak jumpa lu. Sejak lu pindah dulu.

Gua tak nak cakap apa-apa pasal lu sekarang. Sebab wa tau hati budi lu sejak dari kecil. Lu memang best fren. Gua teringat lagi lu pernah cakap kat wa masa form 1. Masa form 1 wa kan montel. Lu ingat tak? Lu cakap kat gua ," zul , kalau kau kurus mesti kau hensom."

Masa tu kita bebudak je kan. Tapi wa amek serius wo. Kan lepas tu wa kuruskan badan.

Serius banyak lagi kenangan kita masa sekolah. Lu ingat tak kita pernah satu kelas masa form 1 tu. 1 delta. Haha. Best memory fren..

Lama tak jumpa lu.

Fizi, wa nak share ngan lu somethin'. Wa tak tau lu pernah buka ke tak. Andai ada member kite terbaca , then sampaikan la sharing wa ni pada sahabat kita fizi.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’ ayat 119).

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah at-Tiin ayat 4).

Wa harap lu faham sharing wa ni. 
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

1 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Komik Hong Kong

Flasher bodoh!

Telur separuh masak