Spontenous for today...


Satu hari, tak lame dari sekarang.

Waktu nak solat maghrib. Wa ajak abah gua solat. Wa imamkan solat mase tu . Dalam hati, alangkah kurang ajarnya gua sebab patut abah yang jadi imam masa tu. Sayu hati gua masa tu. Tak pernah seumur hayat gua solat mengimamkan abah gua..dan tak pernah termimpi oleh gua untuk situasi itu.

Lepas wirid, gua terfikir, gua nak baca doa ke nak abah yang baca. Gua meminta abah baca doa, sebab doa ibu bapa makbul untuk anak-anaknya. Sayu gua mendengar abah membaca doa, tersekat-sekat nadanya. Dulu masa kecik-kecik wa selalu ikut abah solat jemaah.

Sekarang sejak abah di timpa ruhul ahmar, abah solat sendiri sendiri, acik gua pernah cakap, kengkadang abah lupa die solat berapa rakaat. Gua tanya sendri pada abah, abah kata betul. Sayu gua dengan kata abah macam tu. Sebab tu gua rasa terpanggil untuk jadi imam masa solat berjemaah dengan abah. Supaya abah kembalik ingat bacaan, dan tertib dalam solat.

Bukan abah tak solat sebelum ni, tapi angin ahmar buat abah jadi lupa, buat abah hilang kekuatan. Dulu, abah ajar wa, dan hari ni wa rasa tak salah untuk pimpin orang yang pernah ajar wa solat, dan wa rasa itu yang dia mahu.

Begitu la bahaya angin ahmar tu, begitu la bahayanya. Semoga abah akan cepat sembuh.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

2 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Silat Pengantin

Luke Code