Persediaan untuk pembebasan dari api Hell!


  • Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
  • Sesungguhnya kami turunkan ia (Al-Quran) itu pada malam Al-Qadr (1) 
  • Dan apakah yang kamu tahu tentang malam Al-Qadar itu? (2) 
  • Malam Al-Qadr lebih baik dari 1000 bulan. (3) 
  • Padanya turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka dari segala urusan (4) 
  • Sejahtera ia sehingga terbit fajar (5) 
Dari 'Ubadah bin Samit r.a, Sabda RasuluLlah s.a.w:

"Malam Al-Qadr adalah pada 10 malam terakhir (Ramadhan). Barangsiapa berdiri (untuk solat) untuk mendapat ganjaranNya, maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan semua dosa lampaunya dan dosa segala dosa yang akan datang. Ia adalah malam yang ganjil; ke-9, 7, 5, 3, atau malam terakhir Ramadhan
(Hadith Riwayat Ahmad)

Sesungguhnya, tanda malam Al-Qadr adalah terasa bersih dan bercahaya seolah-olah terdapat bulan yang terang, nyaman dan tenang pada malam itu. Ia tidak sejuk atau panas dan tiada tahi bintang dibenarkan sehingga pagi. Tandanya diwaktu pagi adalah matahari naik tanpa terik kepanasan seperti bulan yang mengambang. Syaitan tidak dibenarkan untuk keluar bersama matahari pada hari itu."

Ulamak berselisih pendapat tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulamak berhubung bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Ada yang menyatakan ianya berlaku setiap 7 tahun sekali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin al-Hanifah, ada yang menyatakan ianya berlaku pada setiap bulan, ada yang menyatakan ianya berlaku pada awal Ramadhan, sebahagian lagi mengatakan ianya berlaku pada setengah bulan Ramadhan yang kedua, ada mengatakan ianya berlaku pada malam ke-17 Ramadhan dan jumhur mengatakan ianya berlaku pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Imam Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan malam ke 23.

Formula Ulamak Tafsir Yang Semasa,

Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara dalam Surah al-Qadr iaitu:
   Allah mengulang-ulangkan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ  ) pada 3 tempat dan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ ) terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 = 27.

Formula Imam Ghazali,

ii Surah al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan هِيَ pada ayat yang terakhir surah ini berada di kedudukan yang ke 27.

Malam Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh.
Bil1 RamadhanLailatul Qadr
1IsninMlm 21 Ramadhan
2SabtuMlm 23 Ramadhan
3KhamisMlm 25 Ramadhan
4Selasa/JumaatMlm 27 Ramadhan
5Ahad/RabuMlm 29 Ramadhan

Justeru, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadr secara yakin adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir. Sabda Nabi S.A.W,
فَالتَـمِسُوهَا فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ
Yang bermaksud, Maka kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu pada malam yang ganjil.

Rujukan
Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad, Matba’ah Nadhr, 2001, bab Lailatul Qadr hlmn 201.

Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari, al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani, Dar al-Fikr, 1996, Kitab Fadl Lailatul Qadr, Jld 4, 786
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

6 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin