Header Ads

Ape makna Merdeka pada gua?

ikon perjuangan merdeka-P. Ramlee

Gua pernah tanya anak buah gua," apa makna merdeka?"

Dia cakap," cuti satu hari .."

Hahah tu adalah realiti la wa rasa Bebudak zaman sekarang ni memang tau tu je. Tak macam orang dulu-dulu. Ibu gua dengan cerita nya tersendiri. Mesti dia akan bercerita yang die dulu pergi sambut Tunku Abdul Rahman turun dari Kaapal terbang kalau di tanya pasal merdeka. Tu pengalaman die.

Wa? zaman wa sekolah dulu, merdeka ni tak ade lain. Kalau zaman basikal, gua dengan member wa akan berbasikal dari rumah secara gerombolan ke dataran pahlawan untuk tengok bunga api. Masa tu, semua sepakat spray basikal warna sama. Kalau tak silap nama team gua dulu BLACK BEAR CYCLE CLUB. Haha, kenangan juga la. Pagi sebelum hari merdeka tu kitorang akan spray basikal secara bergotong royong. Pastu, setiap basikal mesti ada berdera . Baru jiwa merdeka.

Masa naik motor dulu pun sama gak. Ingat lagi wa dengan member rearamai naik motor pergi tengok bunga api. Acara wajib apa lagi kalau bukan mengejar malaikat maut. (rempit le). Pikir balik , pengalaman tu memang best.

Masa baru datang KL dulu, kalau merdeka wa ngan member excited betul nak tengok bunga api kat KLCC. Nak ke sana tu memang penat. Kena menapak jauh ke LRT. Lepas tu pula LRT penuh dengan manusia. Bau masing-masing jangan cakap la. Memang macam haram. Tapi bila nampak bunga api meltus pom-pom..hilang juga penat berjalan kaki. Ye la, dulu tengok kat tv je bunga api KLCC.

Bile terkenang balik, memang rasa rindu semua tu. Zaman nakal, memang terejal la kata orang melaka . Tapi sekarang, hari merdeka, wa lebih selesa duduk di rumah bersama keluarga. Beb, kebahagian bersama orang tersayang adalah kemerdekaan yang sebenar beb.

Apa makna merdeka bagi gua?

Merdeka adalah satu tanggungjawab untuk masa depan! Selamat menyambut hari merdeka dan Hari Malaysia!

1 ulasan

ILA HonEyBuNNy berkata...

rasa macam terlambat ja nak wish....tapi nak wish jgk.

selamat hari merdeka n hari malaysia...hehe