Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nak makan gear box?


Wa suka makan gear box. Tapi adalah sangat jarang gua melantaknya. Kalau ada member baru wa makan. Kalau tak, wa tak berani. Takut lepas makan nanti wa tumbang pula.

Kolestrol die, memang tinggi gile. Siape yang ade darah tinggi, atau sakit yang berkolestrol tinggi, andaikata dah cukup tobat, boleh la bantai semangkuk seorang. Silap hari bulan, tu last lu orang tengok dunia. Benda sedap pasti ada bahayanya.

Kenapa Allah jadikan begitu? Sebabnya, Allah nak kita sentiasa beringat akan Dia ketika kita asyik dengan kesedapan. Makan ikut adab yang betul. Jangan berlebih. Kalau berlebih tu yang undang sakit tu. Orang Islam makan cuma 1/3 perut. Kalau makan sampai penuh perut tu, boleh jatuh haram.

Ha..sikit la macam tazkirah.

Masa di kelas gua minggu lalu, teacher gua ada cakap, minum la air jus saderi yang di blend bersama epal hijau. Ia sangat baik untuk mengawal dan mengurangkan kolestrol. Selain tu, sebelum nak makan makanan yang berkolestrol tinggi, di galakkan kita makan bawang  putih. Tak payah la banyak, sikit sudah la. Kang muntah pula makan bawang putih bebanyak.

Ok la tu je. Ape-ape pun makan baca bismillah dulu dan di akhiri dengan alhamdulillah. Semoga apa yang kita makan dapat keberkatan dari Allah.

Kan cantik Islam tu, nampak indah je...rugi mereka yang tak masuk Islam ni..Allahurabbi..

2 buah fikiran!!!:

YanaMIB berkata...

setiap yg Allah jadikan tu ada sebab nya kan..aku xminat mkn kt gearbox sbb slalu ramai org..haha =P

Amirah Suhana berkata...

saya lagi laaa . xpernah makan. hehe