Trauma


Satu keluarga..

Hidup tenang di dalam rumah.

Dengan 3 orang anak. Anak yang ketiga baru je lahir. Ibunya masih di dalam pantang. Si ibu sedang mandikan anaknya di bath tab baby.

Si abang dengan si adik yang tengah sedang main kejar2 di bilik parentsnya.

Si ayah, duduk sila panggung sambil membelek paper.

Adik tengah dan abang sulung yang sedang asyik main di bilik parentsnya. Tetiba ternampak keris ayahnya. Biasala, keris tu tak ada apa-apa. Cuma sekadar di jadikan senjata untuk mempertahankan diri.

Si abang tadi ambil keris di tepi katil itu, dan bermain tika-tikam dengan adiknya yang tengah. Wah, dah macam jebat dan tuah. Namun bebudak, mana la tau sangat main keris. Si abang yang sulung dengan secara tak sengaja tertikam adik tengahnya.

Auw! jeritan dari adik tengah. Ibu berlari dapatkan kedua anak mereka. Menjerit panggil ayahnya. Ayahnya meluru pecut ke atas sambil tak perasan anak sulungnya sudah berlari ke bawah.

Melihat anaknya dalam keadaan keris terpacak di perut, di cuba untuk cabut keris tu. Tapi tak boleh.  Bergegas di bawa anaknya yang sedang nazak di tikam itu ke dalam kereta dengan harapan sempat sampai ke hospital. Ayah pulas kunci kereta untuk hidupkan enjin.

Enjin kereta hidup, tapi kereta tak jalan . Tayar seolah di sekat sesuatu. Di usahakan juga untuk menggerakkan tayar. Akhirnya berjaya.

Tapi terlihat darah terpancut di tepi kereta. Kucing ke yang di lenyek?

Keluar dari kereta, lalu membongkok ke  bawah dengan perasaan cemas ingin melihat benarkah kucing?

Terkejut bukan kepalang, yang di lenyek itu adalah anaknya yang sulung yang berusia 5 tahun. Mati di situ, di lenyek oleh si ayah itu sendiri.

Anak yang di tikam, mati di dalam kereta sebab tak sempat hantar. 2 kematian berlaku?

Tidak! ada 3. Anaknya yang baru lahir, mati lemas di dalam besin mandi kerana ibunya tinggalkan baby itu dalam keadaan tergesa-gesa sebab mendengar jeritan anaknya yang kedua ketika situasi tikam berlaku.

Ulang balik analisis cerita ini. Anak kedua, mati ditikam si abang yang sulung.

Anak yang sulung mati di lenyek oleh ayahnya ketika mahu bawa keluar kereta kerana ingin membawa anaknya yang di tikam ke hospital.

Anaknya yang baby mati lemas, sebab ibunya terlupa dan bergegas ketika terdengar jeritan anak yang kedua itu di tikam anaknya yang sulung.

Sepagi dengan kematian.

Siape yang salah?

Trauma ibu bapa tu. Allah nak bagi, bila-bila pun dia bagi, Allah nak ambil, bila-bila pun dia boleh ambil.

Ni cerita betul dari keluarga di seri kembangan.....
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

2 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Luke Code