Esok adalah segalanya.
Hampir 5 minggu trainning.
Demam, sakit kaki, tapak kaki koyak, tapak tangan pecah-pecah, semuanya adalah untuk esok. Misi kali ni, adalah mengekalkan kejuaraan. Kalau menang, treasury akan begelar champ 6 kali berturut-turut dalam acara tarik tali.
Gua pasti, esok pasti sengit. Semua team nak kasi jahanam team gua. Dendam mereka dengan team gua dah terlalu lama. 6 tahun beb, kitorang champ, sapa yang tak berbulu.
Tahun ni, tekanan makin berat. Sebab ape?
Satu treasury, mengharap kitorang champ!
Sponsor datang mencurah-curah. Macam curah air je gua rasa. Minta saja, semua dapat. Tak di minta pun dapat. Bagai di tatang minyak yang penuh. Sampai membuahkan rasa cemburu dari kontinjen lain. Aduyaiiiii!
Tekanan beb! Semua mahu lihat team gua kalah! Tu yang pasti!.
Tapi, pada mereka yang mengharap team gua akan kalah, gua bagi tau 1 je. Kalah menang Allah tentukan, sudah pasti gua akan merayu pada ALLAH untuk beri kami menang. Kami team treasury akan gemgam serat-eratnya kilauan emas yang kami simpan selama 5 tahun itu.
Gua ingatkan kembali kemenangan team gua pada tahun lalu, ini khas untuk musuh-musuh pasukan Tug of War treasury team!
Jumpa esok di stadium INSPEN bangi pukul 8 pagi! Datang la beramai-ramai esok, kalau nak tengok, cucu Hang Tuah ni berpencak esok!