Rabu, 16 November 2011

#Wordless#

Yup wordless...

Bukan tak ada apa yang nak dikatakan. Banyak. Tapi, berdiam adalah lebih baik dari segalanya. Entah kenapa wa terdetik nak buka clip ni.


Clip ni acik gua yang buat. Mase die baru buat sebok dia tanya," amacam clip ni ok tak?"

Gua jawab, " ala biasa je. "

Tapi sebenarnya gua tak boleh tengok clip tu. Mesti mata gua akan berair. Kisah abah dengan stroke terlalu banyak ertinya. Alhamdulillah abah dah hampir 60% pulih secara fizikal. Syukur pada Allah.

Gua teringat masa ahad lepas. Banyak abah sembang dengan gua kat dalam bilik. Rasanya perbualan itu adalah dari hati ke hati gua dan abah gua. Masa wa nak gerak ke putrajaya, abah tanya gua," ko ade duit tak?"

Itulah soalan dia pasti akan tanya bila wa nak balik putrajaya. Sejak dah berumah tangga ni wa akan jawab ada.

Time nak gerak, wa dah tutup grill rumah. Nak press minyak motor dah time tu. Tetiba wa nampak abah jalan dengan cepat kat gua. Dengan muka yang sayu ( takkan wa lupa riak wajah abah gua time tu ) , panggil gua. Abah bagi wa rm 10, katanya berhenti kat rnr untuk minum. Air mata abah mengalir. Gua buka pintu balik, gua ambil dan terus peluk abah. Rasa macam tak nak lepas. Gua tak tahu kenapa gua tak nak lepas. Dan gua tak tahu, kenapa abah beriya-iya nak bagi aku duit, walau hanya rm 10 untuk minum.

Banyak perkara, bermain dekat kepala gua.

Lagi 2 minggu rumah gua akan buat kenduri kawen untuk acik gua. Hopefully berjalan lancar. Semoga Allah bersama kami di dalam perancangan kenduri tu. Semoga abah sihat dan hepy time kenduri acik nanti.

rumah kuala selangor...banyak kengangan kat situ
Pasal rumah ni, banyak kenangan family gua. Ni kenangan tak silap gua tahun 1992. Dah 19 tahun dah agaknya.  Teringat lagi gua dengan kengkawan gua buat pertandingan karaoke kat pokok besar tu. Masa tu umur gua 6 ke 7 tahun tah.

Cam scary pula dah wa tengok rumah ni.

Kate posting wordless..ni dah berjela-jela dah ni. Ok full stop.

2 ulasan:

HLiza berkata...

Dah hampir setahun kita melalui cabaran strok ni..along pun tak boleh tengok video tu..

AcikTanpaNama berkata...

abah nak anak2 dia balik...