thanks abang jie untuk jubah dari mekah ni.. |
Marilah kita berhijrah!
Kalau dulu bila sakit je makan ubat pil tanpa sebut apa-apa walaupun bissmalah untuk sembuh, ape kata sekarang ni kita baca al-fatiha pada air mineral secawan, niat kesembuhan dari Allah. Pastu kasi telan itu ubat la.
Insya Allah. Sebab dalam Al-quran ade menyebut..
Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Surah al-Isra' ayat 82..
Hari ni wa belajar satu doa.
Ya Allah..meskipun saya ...(sebutkan masalah @sakit), saya redha dan ikhlas menerima ..(sebutkan masalah@ sakit) saya ini. Saya pasrah akan kesembuhan Mu dengan penuh keyakinan terhadap mu ya Allah...
Di ajar oleh Ust Pakarul Razy seorang kaunselor dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).