Tengah-tengah wa bosan ni, godek la sane sini kat internet. Tetiba terbaca satu artikel.
Pasal sihir. Memandangkan sekarang ni, citer hantu tengah banyak gile, tv3 pula secara istiqomah menayang citer pasal hantu setiap malam jumaat, so nak share sikit la artikel pasal sihir ni.
Pasal sihir. Memandangkan sekarang ni, citer hantu tengah banyak gile, tv3 pula secara istiqomah menayang citer pasal hantu setiap malam jumaat, so nak share sikit la artikel pasal sihir ni.
Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa dalam banyak godaan yang diselenggarakan Iblis dan konconya ialah menceraikan pasangan suami isteri, sementara yang lain tidaklah menjadikan kebanggaan bagi iblis laknatuLLAH.
Oleh yang demikian, tidak menjadi kehairanan di kalangan perawat bahawa masalah yang selalu ditangani adalah sihir yang ingin memisahkan suami isteri.
Tanda-tanda gangguan
1. Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta kepada marah, suka kepada benci dan sebagainya.
2. Meragui kejujuran pasangan, merasakan ada melakukan kegiatan curang yang berlegar dalam fikiran.
3. Amat sensitive, tidak mahu menerima kesalahannya.
4. Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan.
5. Membenci pasangannya yang meruap-ruap.
6. Marah kepada pasangan semasa berada di rumah tetapi merasa aman dan tenteram bila pasangan tiada disisi. Adakalanya merindui pasangan ini bila berjauhan.
Rawatan
Bacakan kepada pesakit ayat2 berikut:
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah :1-5
Surah Al-Baqarah :102 (7x)
Surah Al-Baqarah : 163-164
Surah Al-Baqarah : 255 (Ayat Kursi)
Surah Al-Baqarah : 285-286
Surah Al-‘Imran :18-19
Surah Al-A’raf : 54-56
Surah Al-A’raf : 117-122
Surah Yunus : 81-82
Surah Thoha : 69
Surah Al-Mukminun : 115-118
Surah As-Shaffat :1-10
Surah Al-Ahqaf : 29-32
Surah Ar-Rahman : 33-36
Surah Al-Hasyr : 21-24
Surah Al-Jin : 1-9
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas
Pesakit perlu melakukan mandian dengan cara membacakan pada sebaldi air: Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4 Qul. Minum 3 teguk air berkenaan dan buat mandian sebagai bilasan terakhir. Jangan lap air berkenaan, biarkan ia kering secara terus memakai pakaian. Waktu terbaik mandi adalah sebelah petang. Lakukan setiap hari sehingga anda yakin tidak ada gangguan lagi.
Pesakit juga digalakan membaca Al-Baqarah 102 setiap kali lepas solat dan sebelum tidur.
Bagi wanita yang didatangi putaran haid, rakam bacaan di atas untuk didengar atau sekurang-kurang surah As-Shaffaat.
Pesakit juga mestilah berzikir “Lailahaillah wahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiin qadir” 100x pagi dan petang
Jika anda gagal berzikir, cuba lawan untuk berzikir. Jika gagal juga jumpalah perawat.
9 JENIS SIHIR
AL MARAD
Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.
AL HAWATIF
Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.
TA”TIL TAWAJ
Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.
TAFRIQ
Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.
AL MAHABBAH
Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.
TAKHAYYUL
Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.
NAZIF
Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.
AL JUNUN
Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.
AL KHUMUL
Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.
Semuga dijauhi niat jahat manusia kepada kita serta dilindungiNya dan dipeliharaNya sepanjang masa.
Jazakallah Khairan.
Ok, ni yang wa copy dari artikel di satu blog ni. Ape- ape pun kita boleh rujuk pada ustaz dan para ulama' yang lebih arif.
Sebelum tu, wa nak ulas sikit pasal kaedah rawatan kes2 ni. Wa ade bertanya pada ustaz2 di mana memang banyak kaedah rawatan untuk penyakit rohani ni. Tapi paling penting kita wajib memastikan kaedah perubatan itu berasas syarak Islam. Rawatan yang selain dari itu, harus di tolak kerana akan membuatkan kita rosak akidah, dan paling teruk kita jadi syirik.
Ha, bahaya tu, niat nak sembuh, jadi syirik pula. Bahayakan, tu yang gua cakap, rujuk pada Ustaz atau ulama' yang betul.
Ok la, biar wa tutup sharing ini dengan ayat quran surah al- Isra ayat 82.
Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.