Alhamdulillah, dah setahun dah gua melayari bahtera perkahwinan bersama isteri tercinta. Nono la.
Rasa bertuah sangat . Sebab Allah anugerahkan Isteri soleha. Memang wa selalu rasa, wa ni macam tak layak je nak dapat wanita sebaik nono, tapi wa rasa bersyukur sangat sebab Allah anugerahkan nono pada gua. Pada gua nono adalah anugerah Allah.
Hari ni, ulang tahun perkahwinan kami. Wa nak wish kat nono la.
Selamat ulangtahun yang pertama sayang, terima kasih kerana jadi isteri yang soleha buat b. B sayang sangat kat syg. B minta maaf kalau dalam setahun ni b ade buat silap pada ayang atau terguris hati sayang. Semoga Allah sentiasa rahmati rumahtangga kita dan sentiasa menambahkan kasih sayangnya dengan banyak-banyak. Sayang, gembira la selalu, sebab pada b, ayang adalah isteri yang soleha. Sampai bila-bila ayang adalah isteri b yang soleha.
Sedih juga 1st anniversary ni wa dengan nono berjauhan, wa ade class. Tu yang tak dapat iku die balik terengganu. Huhu..
Bila buka blog wa, pasti dengar lagu maher zain kan. Tu adalah lagu tema wedding kami. Wa letak slide gambar wedding kitorang kat side bar tu guna background lagu ni.
Orang tanya, ape resepi wa bahagia?
Resepinya wa doa macam ni selalu, ya Allah, aku bersyukur kerana kau bahagiakan rumah tangga ku, aku pohon pada-Mu, jadi la pihak ke 3 di dalam keluarga ku, bila kau beri aku rahmat, aku bersyukur, dan ketika kau uji, aku merayu dan bergantung pada -Mu ya Rahman, Ya Rahim...
Ini la sahaja. Wa tak kaya, wa tak pandai. Wa tak ada apa-apa, miskin, hina memang dah comfirm.
Cuma wa suka doa.