3 hari kat melaka

Dari khamis malam sampai ke petang ahad ni wa kat melaka. 

Biasa la, setiap dua minggu wa akan balik melaka. Selain atas sebab kelas, wa amek chance untuk lepak dengan ibu ngan abah gua.

Sekarang lepas dah kawen, bila balik melaka je, wa akan spend masa sepenuhnya dengan family gua. Dah tak ada masa nak jumpa dengan member2 lame. Rindu juga kat dorang tapi rasa macam sayang pula nak lepaskan peluang walau sesaat dengan family.

Pula tu, miggu ni angah balik dengan family die. Memang la riuh rumah ibu gua.

Masa kat melaka hari tu, wa melepaskan hajat nono. Die teringin sangat dengan nak minum coconut shake. Kat melaka wa paling suka coconut shake yang dekat batu berendam. Actually, coconut shake paling femes kat klebang. Tapi pada wa, kat batu berendam lagi sedap. Dan paling bestnya, boleh tambah air kelapa free.!!

betulkan, boleh tambah air kelapa free..
Sampai sakit tekak la gua minum coconut shake ni.

Sebelah malam pula , adalah antara agenda penting wa balik melaka. Seperti yang di rancangkan wa ke kelas pengajian gua.

Kelas ni special sikit pasal cikgu besar nak datang. Beliau akan menyambung kuliyah islamic medicinenya yang tertangguh dulu. Malam tu, cikgu besar menurunkan baki ruqyah Islamic medicine yang berbaki 23 itu secara talaqqi.

Cikgu besar sedang menyampaikan kuliyah

sempat juga wa amek beberapa note.
Malam tu wa duduk depan sekali. 

Betul2 belakang cikgu besar gua masa solat fardhu. Lepas majlis bacaan yassin, tetiba cikgu besar bagi gua mic , pastu suh wa azan. Peh, berpeluh juga wa. Bukan wa tak pernah azan. Tapi bila di minta oleh seorang tokoh ulama' untuk menjadi muazzinnya, ia  adalah sesuatu yang akan membuatkan sesiapa saja tergamam. 

Actually perasaan terharu itu melebihi dari segalanya dalam perasaan gua masa tu.

Semoga apa yang gua belajar menjadi bekalan yang di berkati..ok ready untuk bekerja esok!!!!
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Filem susuk

Komik Hong Kong