Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kalau nak pasangan hidup, mesti nak yang...?


Tanya semua orang , lu nak calon pasangan hidup lu macam mana?

Walau seteruk mana sekalipun orang itu, dan walau sebaik, mesti akan terselit salah satu ciri pasangan hidup mereka itu , beriman dan beramal soleh.

Betulkan?

Ade orang fikir, takpe diri ini teruk dan jahil. Nanti dah kawin boleh bertaubat. Pasangan hidup kita akan ajar kite dan pimpin kite ke arah agama. Pada gua, kalau dapat jodoh yang macam tu dengan sesenangnya, alhamdulillah. Itu adalah doa ayah atau emak, atau guru-guru yang sayang kita.

Tapi , bagi yang tak dapat dengan senang camtu macam mana?

Kalau tanya gua, jawapan lagi nak best. Nak pasangan hidup yang boleh bawa gua ke syurga. Biasala blog sendiri, mesti nak up.

Tapi, layakkah kita yang kotor dengan dosa ni nak dapat pasangan yang soleh atau soleha dengan tujuan nak tumpang amal soleh mereka? Layakkah kita. Silap-silap malaikat kata," cermin diri dulu la. Doa pun malas, ni nak dapat pasangan camtu. "

Keluar rumah pun tak tutup aurat, ade hati nak dapat pasangan yang tutup aurat. Pernah tak tengok seorang sufi berbinikan isteri yang tak pakai tudung pula tu rambut kale perang? Pernah tengok seorang wanita soleh bersuamikan laki pakai singlet dan seluar pendek yang kononnya gaya hidup urbun? Memang ada, tapi cuma segelintir. Sikit sangat.

Ade sorang kawan gua cakap ( ni citer member gua ek, bukan gua) , dulu die jahat. Memang tak sejahat mana, tapi pada dia, die jahat. Tapi hati die nak sangat beristerikan seorang wanita soleha yang cun macam bidadari. Die pikir macam mana. Puas tekel awek soleha sana-sini. Sorang pun tak layan die.bak kate orang sorang pun tak sangkut la. Dia cari sampai die jumpa jalan buntu. Tak tau nak buat macam mana. Calon tak ada. Awek ramai la, tapi setok enjoy je.

Tetiba die terfikir, die nak jaga solat. Sebab die teringat cikgu die cakap. Solat boleh mencegah kemungkaran. Kalau jaga solat mesti dapat awek yang tak mungkar-mungkar ni. Masa tu, die nak saje je try kaedah ni. Dalam erti kata saje nak torai kaedah ni.

Setahun , die jage solat.Memang die target setahun. Memula memang payah, tapi die dah nekad, nak teruskan aim die. Camne pun setahun ni die mesti buat. Lame-lame  tebiat jahat die , satu persatu gugur umpama daun kering jatuh ke tanah.

Selepas setahun, Gua tengok die kawen. Gua datang kenduri die. Gua nampak die gembira.

Die kata dengan gua, "zul , aku dah dapat dah. Seorang wanita soleha, yang boleh sama berjalan dengan aku ke rumah Allah, yang sama-sama boleh berjemaah dengan aku setiap waktu di rumah, yang boleh berzikir ketika melahirkan anak aku, yang boleh mengajar anak aku akan ilmu al-quran, yang menjadi bidadari paling cantik untuk aku."

Di hari persandingan member gua tu, gua nampak air mata die menitis..gua tahu itu air mata kesyukuran yang terharu akan anugerah Allah yang die dapat...

Wa teringat akan sepotong ayat al-quran yang bermaksud;

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya' dan mungkar." (surah al-ankabut ayat 45)


-: hari ni jumaat kan? :-

8 buah fikiran!!!:

POSH76 berkata...

betul tu semua nak pasangan terbaek dunia & akhirat

syafiqakarim berkata...

ramai nak terbaik.tanya sesiapa pun
semua nak baik.tp kadang,perlu cermin
diri sendiri menjadi terbaik utk dpt kan yg baik.

YanaMIB berkata...

syahdu bc kisah kwn ko weii..isk teladan yg sgt baik =)

AcikTanpaNama berkata...

Dan kadangkala..jalannya amat panjang..

ILA HonEyBuNNy berkata...

nak pasangan idop yang boleh bawa ke syurga juga....;)

LAici KAng Ais berkata...

mmg bertuah biler kita dapat pasangan yang soleh atau solehah

sweet sangat cerita pasal teman tu.. good example kepada yg masih belum berkahwin

delarocha berkata...

pokok pangkalnya...solat