Header Ads

Macam nyawa abah nak di sentap, tapi tak lepas kat kepala


Semalam paling tragis la.

Abah kena sawan tarik. Bile tengok abah kena sawan, gua rasa cuak , terkejut, tergamam. Sumpah wa tengok abah gua macam nak mati. Macam nyawa abah gua tengah di tarik oleh malaikat maut . Tapi tak lepas kat kepala.

Badan abah gua menggelupur , kejang, kulit adi kuning. Muka mase tu merah macam nak pecah. Serius macam malaikat maut tengah cabut nyawa abah. Gua cuma suruh ibu ucapkan syahadah pada abah gua. Apa yang termampu cuma bacaan ayat-ayat quran je yang jadi sandaran gua masa tu. Bibir gua tak henti memohon Allah supaya selamatkan abah gua.

Alhamdulillah abah reda.

Masa tu gua ingat abah kena stroke. Gua urut2 tangan abah sambil baca doa angin ahmar. Abah boleh cakap kejap. Tiba-tiba abah kena sawan lagi. Ini pusingan kedua. Keadaan sama macam yang pertama. Kaedah yang sama gua buat untuk mohon abah di lindungi Allah. Akhirnya abah reda balik.

Kitorang kejarkan abah ke hospital melaka. Bila lepas doktor buat brain scan, comfirm die kata abah tak kena strok baru. Tapi sawan tarik. Punca dari stroke lama abah dan demam abah.

Malam tadi semalaman wa jage abah kat hospital. Dalam kepala wa terbayang je, adekah episod luka family gua akan berulang? Gua doa je pada Allah, merayu je pada dia. Sakit tu Allah yang beri, sembuh juga Allah yang bagi.

Alhamdulillah, tengah hari tadi sebelum wa nak gerak ke Putrajaya, wa jumpa abah. Kaki abah dah boleh gerak. Tangan dah mula boleh angkat.

Alhamdulillah, tanda positif abah akan sembuh macam dah nampak.

5 ulasan

HLiza berkata...

Nasib baik ada anak2 jantannya..

anamizu kaito berkata...

alhamdulillah abah nye da sihat semula..





cik ana.

~kuyam~ berkata...

kesian abah kamu :( doakn spy dia sembuh sepenuhnya...

POSH76 berkata...

sbb your abah cepat sembuh yer..amin...

helmie zul berkata...

napa nama angah tak masuk dalam citer ni?