Si pembaca doa


Tadi , opis wa buat sambutan maulidur rasul.

Wa telah di beri tanggungjawab untuk membaca doa. Dan, teks doa pula wa di beri kepercayaan penuh untuk buat sendiri.

Ini doa wa tadi..


Ya Allah Ya tuhan sekelian alam..

Kami bersyukur kehadratmu   ya  Allah s.w.t  kerana dengan rahmatMu, dapat kami berhimpun ,  dengan penuh rasa cinta dan rindu pada junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w,   menyambut MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT JABATAN , BAGI TAHUN 1433 H BERSAMAAN 2012 M. Kami mohon doa restuMu 
Ya Allah, keberkatan  atas majlis ini.

Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim

Kami pohon keampunan ya Allah,  selama ini kami sering mengatakan yang kami   rindu dan kasih pada Rasulullah s.a.w, namun atas kejahilan kami, kami lupa dan lalai untuk mengamalkan sepenuh ajarannya, kami lupa untuk abdikan sunnahnya dalam hidup kami, kami lupa untuk contohi akhlaknya dan kami lupa akan jasanya menegakkan syiar Islam di bumi Mu ya Allah..sedangkan Rasulullah tidak pernah lupa akan kami umat-umatnya.

Ya Allah Ya Aziz Ya , ghoffar,

Sempena  majlis sambutan kelahiran manusia agung lagi terpuji  ini, turunkanrahmatMu ya Allah kepada kami. Berilah kami kekuatan, keazaman  dan kesungguhan yang padu untuk menjadi insan yang benar-benar  rindu , kasih dan sayang pada Rasulullah s.a.w. Jadikan kami hamba-mu yang sentiasa membenarkan ajarannya, jadikan kami hambaMu yang tidak alpa mengamalkan sunnahnya, jadikan kami hamba-mu sentiasa mencontohi akhlaknya yang terpuji , jadikan kami hambaMu membasahi bibir dengan selawat ke atasnya dan jadikan kami ya Allah ,hamba-hambamu yang akan terima  syafaat Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak.

Ya Allah, kami rindu ya Allah, kami rindu  akan rasulullah s.a.w

 Amin ya Allah, Amin

Doa pembuka dengan penutup wa tak letak kat sini, sebab doa tu yang biasa lu orang dengar. Bukan nak bangga menjadi si pembaca doa. Tapi sekadar berkongsi pengalaman dan ape yang wa tahu..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

3 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Abah cakap..

Flasher bodoh!

Takbir raya