Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Stop ke ?

Lame la gua dah tak pergi gym...

Kenapa ek..? Setiap kali nak pergi je, rase macam malas. Mesti akan pikir, "ah buat benda yang sama je. Nak badan tough, dah dapat dah. Dan sudah mula kembali tak tough. Rasa macam puas dengan gym pun ade juga.

Full stop ke gym?

Sejarah gua main gym lame sangat. Dari umur gua 16..hingga 27. Dalam sepuluh tahun tu, wa pernah gemuk, kembali kurus, pastu jadi tough, macam-macam bentuk badan gua dah rasa. Sebab tu wa sangat sangkal fakta susah nak jadi kurus. Selagi ade kemahuan, selagi tu ade jalan. Pada wa tak susah. Apetah lagi kalau guna kaedah makan ubat. Lagi la cepat.

Makin tren gym, wa makin rasa tak puas. Badan belum power ni. Tren lagi...sampai satu tahap, wa rasa kosong. Kosong sangat.

Kenapa ek?

Akan ke gym lagi kah..?
Manusia akan sentiasa cari kepuasan dan kesempunaan. Tapi bila dah tercapai akan kesempurnaan dan kepuasan itu, apa lagi yang mereka cari?

Itu la yang gua fikir..

Bila kita sentiasa rasa kuat, kita akan lupa akan yang maha kuat, tapi bila kita sentiasa rasa lemah, kita akan sentiasa berfikir akan yang Maha Kuat..

1 buah fikiran!!!:

novanexus berkata...

sebab sampai satu bentuk badan kita macam dah tak de perubahan..sbb tu org makan ubat untuk tambah beban..wa pun dulu tough jugak