Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setel juga akhirnya


Alhamdulillah...

Dah lame gua plan nak buat benda ni. Memang macam-macam godaan la nak buat benda ni. Biasala nak buat sesuatu yang bagus bukan mudah kan. Ade je benda yang menghalang.

Semoga wa istiqomah dalam buat benda ni.

Lepas ni nak saving sampai cukup. Rasanye tak banyak lagi nak cukup amount yang di perlukan. Tapi kenapa kat surat pendaftaran tu tulis wa akan ke sana tahun 2047? No flight ke tarikh wa punya turn untuk ke sana? Lame tu..kalau tak silap umur gua 62.

Nanti wa nak buat rayuan  la , kasi die bagi cepat wa punyer turn. Kan best wa dapat kerja jadi sukarelawan jemaah haji kat mekah..insyaallah ade rezeki tu..(kata hati kecil gua).

Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.( surah al-Taalaq ayat 2 dan 3)

1 buah fikiran!!!:

novanexus berkata...

wa pun rasa lu dah sampai seru..