Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

The practica


Rasa best, seronok apabila dapat berjemaah isyak dan subuh bersama, bersarapan bersama, menjalani praktikal bersama, duduk semeja, mendengar nasihatnya, satu pengalaman manis hari ni.

Semoga Allah beri kesihatan supaya dapat lagi gua belajar, menimba ilmu dan mendengar nasihatnya.

0 buah fikiran!!!:

this year punya raya

Betul la, kate orang kalau dah ade anak, anak yang raya. Memang tahun ni yang raya sakan A'isyah la. Mau tidak, mak sedaranya bagi baju raya bukan main banyak. Duit raya, jangan citer la. Dah boleh daftar kat BSKL agaknya.

Untuk gua, cukup sekadar kehadiran A'isya di sisi gua dan nono. Itu adalah hadiah hari raya yang sangat bernilai dari Allah. Yup, memang hari kemenangan buat kami. Terutamanya Nono.

Ok la, citer panjang payah. Lets the pic tell us the story..

A'isyah, bangun ..pagi ni raya la

mrfeckry family

bermaaf-maafan

A'isyah sedang collect duit raya

Bersama ma dan abah nono

mama bersama A'isyah

Selamat hari raya from me .. Nurul A'isyah Laila
Tu je dulu..hari ni wa masuk opis kejap. Insyallah petang ni wa balik melaka untuk beraya kat sana.

1 buah fikiran!!!:

Semoga ketemu lagi wahai Bulan yang mulia

rindu betul ketupat ibu gua
Ramadhan akan berlabuh lagi beberapa minit je lagi.

Sangat bermakna ramadhan pad gua kali ni. Alhamdulillah, gua rasa banyak sangat nikmat yang tuhan bagi time puasa. Paling best nikmat terima cahaya mata yang pertama. Banyak cerita . Mestilah pengalaman pertama. Nanti-nanti la gua huraikan.

Semoga Allah temukan gua dengan ramadhan yang akan datang. Hari raya tahun ni amat simple pada gua. Mungkin lebih pada anak gua yang pertama ni. Tapi dalam hati gua rasa betul hari raya kali ni adalah hari kemenangan besar dalam hidup gua.

Gua wish kat semua family dan member-member, selamat hari raya. Maaf Zahir batin. Insyaallah jika diizinkan Allah gua akan beraya dengan lu orang.

Teringat tazkirah bab Takwa yang di sampaikan oleh ustaz Don, Rasulullah s.a.w ada sebut, antara malam doa di makbulkan adalah malam aidilfitri. Jom berdoa, moga Allah beri barakah.

0 buah fikiran!!!:

Alhamdulillah..inilah ramadhan yang paling bermakna..

Senyuman dari aisyah
Alhamdulillah, hanya Allah saja yang tahu perasaan gua bila nampak baby gua dengan nono keluar dari labour room. Ini la cahaya mata kami. Nama yang dalam perancangan sekarang ni Nurul Aisyah. Tapi rasanya macam nak tambah ramadhani.

Gua kepenata skit hari ni, walaupun bukan gua yang bersalin. tapi bahangnya terasa amat. So wa cuma letak gambar sikit je dulu ek. Mata dah berpinar ni.

Azan dan iqomah..wa tak pandai lagi nak dukung baby

Aisyah nak tido
Inysallah ade masa wa hupdate betul-betul. K..

Ape-ape pun terima kasih pada keluarga dan sahabat-sahabat yang mendoakan anak gua. Semoga anda semua perolehi lailatul qadar dan di beri barakah oleh Allah. Rasanya pas ni agak lame gua tak hupdate. Lepas ni gua nak setel baby ngan mama die. Then wa akan ke terengganu dalam minggu. Pendek kata may be raya nanti baru dapat haupdate.

So wa ucapkan selamat menimarahkan baki 10 malam terakhir ramadhan dan selamat menyambut hari kemenangan Aidilfitri.

3 buah fikiran!!!:

Sekali hadap


Nono beli tempeyek kacang dal kat opis setengah kilo. Kuich lain pun banyak juga die beli. tapi wa asyik pandang tempeyek kacang dal tu je.

Dia kata kuih ni nanti nak buat raya.

Lepas teraweh wa buka packing tempeyek kacang dal yang seberat 1/2 kg, duduk depan TV sambil tengok chong wei main badminton.

Sekeping demi sekeping wa kunyah, alamak habis pula tempeyek ni... ni semua salah chong wei, emo sangat lawan dengan kasyappp..

2 buah fikiran!!!:

Fuh kejapnye dah 2nd week in ramadhan


Cepat betul masa jalan. Rasa kejap sangat dah sampai minggu ke 2 puasa ni. Gua masih dalam debaran menanti kelahiran baby gua yang di due datekan oleh doktor pada 11 ogos ni.

Anytime je sekarang ni.

Insya Allah , malam ni malam nuzul quran. Jom kita power2kan diri dengan quran. Dengar orang ngaji ke, baca tafsir ke, baca quran ke, atau belajar quran ke, jom and jom . Kalau bleh lah biar sampai 'muntah' la orang kata. Fadhilat besar beb. Rugi tak rebut.

Kelmarin gua pi kursus Dr Rubiah Mudhirah program Ustazah Pilihan kat Astro tu. Di tanya audian, berapa ramai anda semua check Al-fatiha dan syahadah anak-anak setiap hari?

Beb tak sampai 2% dari 150 org yang ade kat dewan tu yang angkat tangan( termasuk wa, tapi wa tak ada anak lagi)

Nanti wa ade anak wa nak azam, setiap hari nak tasmith bacaan quran die..

0 buah fikiran!!!: