Jika Allah izin


Hidup..tak semestinya akan sentiasa indah..

Namun sebagai muslim kita harus sentiasa terima setiap detik adalah keindahan yang Allah beri..kerana kita ini adalah milik Allah.

Setiap minggu ada satu hari, aku akan melihat orang sakit. Dari sakit fizikal, hingga ke rohani. Sebab ni rutin. Banyak yang aku tengok, Allah bagi banyak sangat peringatan. Sungguh Allah tu sayang sangat hamba-Nya, kerana peringatan dan anugerah kesihatan ya Allah beri pada aku.

Dan hari ini aku menziarahi staff pejabat ku yang baru meninggal. Allah nak beri peringatan pada aku, yang aku ini hamba-Nya yang dia akan ambil bila-bila saja. Allahurabbi..

Bersediakah aku akan perkara yang comfirm akan berlaku ini. Kena buat perkara yang menguntungkan untuk masa depan, jangan lengah lagi.

Kena fikir pasal akhirat, dunia ni kejap sangat..10 , 20 tahun je lagi tinggal untuk aku..

 jika Allah izin...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Entah apehal hari ni..

Sex Edu