Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Amat tersentuh dengan qiraatul quran


Seriusly aku amat tersentuh bila tengok episod 30 minit ustaz don dengan adik Lukman Hakim ni. Allah, apa lah amalan arwah ibu dan ayah budak kecil ni sampai Allah jadikan anak dia hebat macam tu.

Orang ramai mungkin pandang ini biasa. Tapi pada aku tidak. Aku ada anak, dan insyaallah akan Allah akan beri lagi anak lelaki yang bakal lahir dalam 2 bulan lagi. Adik Lukman ni ibu dan ayahnya dan meninggal. Dengan hanya hidup sebatang kara, Allah kekalkan dia dalam usia 10 tahun itu dalam jalan seorang hafiz quran.

Budak...boleh terpengaruh dalam macam-macam. Boleh campur dengan macam-macam, tapi Allah jaga dia.

Aku amat yakin antaranya arwah ibu dan ayah adik ni suka baca Quran. Sebab tu Allah jaga anak ini dengan Al-Quran.

quran asal tulisan Uthman Bin Affan


0 buah fikiran!!!: