Menulis Bukan Kerna Nama

Rabu, 29 Ogos 2007

Dream..dream..dream..




Dulu bila darjah satu, cikgu tanya aku, "Zul, bagitahu saya tiga cita-cita kamu."

Aku pun jawab,"1- Nak jadi Arkitek, 2 nak jadi Tentera, 3 nak jadi Cikgu.

Tapi sekarang bila aku berdiri, aku bukan arkitek, bukan tentera, bukan cikgu. Manusia selalu lupa apa yang mereka mimpi.

Aku mungkin akan meneruskan hidup aku sebagai accountan dalam aetahun dari sekarang. Semalam aku jalan satu Kuala Lumpur. Aku tengok bangunan tinggi-tinggi. Siapalah yang punya bangunan ni. Agaknya macam mana cara hidup mereka. Apa yang mereka buat sampai dapat jadi tuan punya bangunan tinggi-tinggi.

Alangkah bagusnya aku jadi macam mereka...

Aku pun terus berjalan ke Pertama kompleks. Ada Medan MARA. Aku saja tengok-tengok apa yang ada kat situ. Di papan pernyataa ada info tentang uahawan muda. Pasal pertanian, peternakan, francais macam-macam lagi pasal business.

Pertanian?Peternakan?Kampung abah!

Kalaulah aku dapat buat kat kampung abah bela lembu ke, mesti banyak untung. Tapi modal mana nak dapat. Aku cuba guna kuasa nama aku.Kuasa fikri.

Modal boleh dapat dengan cara:-


  • Kongsi dengan adik beradik aku


  • Pinjam Mara


  • Duit simpanan


  • Buka projek ni pada sesiapa yang berminat( invite siapa-siapa yang minat nak jadi invester)

Aku jalan lagi. Lupakan seketika angan aku tentang lembu. Pergi Cyber Cafe.Layan internet lagi bagus.


Sampai saja , semua penuh. Tension juga. Cyber Cafe ni kalau aku pergi saja penuh. Macam ni aku buka sendiri lagi bagus. Dapat main free.


Buka cyber cafe? Tinggi modal ni...tapi boleh kot.Aku saja sembang dengan tauke CC tu. Katanya modal tinggi. Dalam rm 200,000. Tapi berbaloi sebab pulangan dia tinggi. Betul juga, aku dulu pernah buat assingment pasal business Cyber Cafe ni. Seingat akulah untung minima dia dalam Rm 10,000 sebulan. Bersih punya pula tu.
Tapi dalam masa terdekat ni memang aku rasa sukar untuk aku buat semua tu.
Tiba-tiba bos tauke ni datang. Agak mengejutkan aku la pula, usia owner CC ni dalam lingkungan bawah 30 tahun!!
Menarik ni..
Share:

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

mr.feckry, sad to say, i know nothing about bussiness, and i always avoid this topic, not because i don't want to know, yes, something its sound interesting, but i failed to meet anybody who can make me understand about bussiness, its because, i always think this is complicated job, that block keep blocking my mind

designer joeputra berkata...

angah minat bisnes..tapi benda tu yang selama ni menysahkan hidup angah..so angah percaya pada akademik...yang mampu ubah kehidupan ...tapi kalau kau nak bela lembu ok la..sambil2 boleh petik sawit...

angah kalau nak buat buat sambilan je..macam abah buat dulu..itu pun kalau angah kerja dekat dgn kebun bolehla..