Ibu-bapa yang menentukan minat anak-anak


(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Berpandukan hadith ni.

Aku asyik memikirkan , bagaimana dan keadah terbaik untuk mendidik anakku. Aku amat mentah. Diri ni makin takut bila lihat persekitaran ku yang sangat elit tetapi, tahap sosialnya sangat meruncing.

Apa yang termampu , doa pada Allah supaya pandu aku untuk mendidiknya dengan cara yang terbaik. Mendidik anak , perlu didik diri sendiri dulu. I have to. Aku perlu berubah menjadi apa yang aku mahu. Jika mahu anak itu cinta pada Al-Quran, aku dan Al-Quran perlu bercinta dahulu.

Ya Allah....bantu lah aku ini. Aku hina dan tak mampu..Amanah - Mu ini berat, pada Kau aku bergantung.

Semoga aku dapat pimpin mereka ke Syurga tan sentuhan api neraka

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Israel laknatullah

Band Rimba Bara

Dendang anak