Menarik!
Macam nak pergi bawa iyadh ke sana je. Iyadh suka sangat kalau ada silat-silat ni. Ada pertandingan Berbusana Silat. Tengkolok dah ada. Haha..
Tengok iyadh yang minat sangat silat ni, teringat aku zaman kecik-kecik dulu. Join juga silat. Abang aku yang ajar. Lepas tu, ikut juga dia pergi belajar dengan macam-macam cikgu silat kat melaka. Best zaman tu. Buat persembahan kat orang ramai. Silat kat depan pengantin. Setakat tu je la, masuk pertandingan tak pernah pun. Last sekali buat persembahan, masa baru masuk kerja dulu kat Institut Perakauanan Negara.
Last Perform silat |
Tapi ok la, ada juga la basic silat. Tahu la sikit kalau nak berpencak tu. Kan Hang Tuah kata, takkan melayu hilang di dunia..
Nanti iyadh ni aku nak influence die main silat sepuas-puasnya la, tapi mesti hapal quran juga.
Muhammad Iyadh Nuruddin |