Try again


Sedang lepak-lepak, aku terimbau akan minat lama aku. Agak lama juga aku tinggalkan. Dulu sangat serius dan fokus dalam bidang tu.

Gym, dulu aku dan gym memang tak boleh pisah. Ia bagaikan rumah kedua bagi aku. Kadang-kadang rumah hanya jadi tempat tidur saja. Selebihnya banyak masa di gym. Jauh di sudut hati aku, aku memasang niat untuk ada gym sendiri. Namun sampai sekarang masih tak mampu untuk itu , kerana faktor kewangan. Tak mengapa, insyaallah satu hari nanti Allah akan kabulkan hajat aku tu. 

Apa yang dalam fikiran aku, ia bukan seperti gym biasa. 

Ada beberapa ciri perlu ada dalam gym aku. Peralatan Gym pada aku, jika banyak memang sangat best, tapi aku nak gym yang ada nilai Agama dan bangsa. Perlu ada ruang solat, hiasan yang islami, aku impikan gym akau yang banyak frame ayat-ayat suci. Dan setiap zon gym aku, aku nak letakkan nak nama-nama perang islam. Supaya, orang yang datang tu rasa macam dia masuk muzium kesenian islam, sambil bersukan. Pengenalan sains solat, penggunaan quran dari sudut kesihatan, akan aku penuhi ruang dinding gym itu dengan pengetahuan itu semua. 

Bayangkan ruang kosong tu aku letak peralatan gym
Nilai bangsa yang sangat di sanjungi, aku akan sediakan sudut gelanggang silat di gym itu. Aktivit silat akan mewarnainya. Pembelajaran ilmu perang Melayu akan ku terapkan dengan permainan gendang dan alunan tradisional. Geleri busana melayu tradisional juga. 

zon pendekar


Adakah semua ini akan jadi kenyataan. Dan aku ingin sangat tagline pay as you wish itu digunapakai. Kerana, aku nak promote islam , melayu, sihat. 

Aku dah bosan dengan tagline no pain no gain...dan seada dengannya. Aku impikan seorang body bulider yang lengkap dengan ciri islami dan melayu..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Israel laknatullah

Dendang anak