Sudah mau raya 2016



Mesti ramai yang dah kat kampung dah. Aku kat opis lagi ni. Petang ni baru grak ke terengganu. Family semua dah tunggu dah tu. Tak sabar nak jumpa isteri dan anak-anak.

Kalau raya mesti teringat zaman dulu-dulukan. Sebab tu lagu raya, semua suka dengar lagu yang lama-lama. Bile dengar je lagu cama dendang perantau, aku ingat Noja surau aku yang dah tak berapa muda tu pun comfirm akan termenung dalam 3 second.

Dan sudah tentu aku rindu ibu. Betul la, raya tanpa ibu tu...bukan raya la jawabnya. Dulu beli kuih, beli lemang, nak bawa balik rumah. Teman ibu pi pasar beli daging..yang paling win sekali masa zaman aku masak ketupat guna kayu api kat belakang rumah. Win beb time tu. Lauk raya, aduh...jangan cerita la..orang melaka memang suka masak macam-macam jenis lauk raya. Perlu ke aku list down lauk-lauknya? My mom memang win dia punya rempah rendang. Sampai aku pernah jual kat ofis rempah rendang dia. Paling sedih sebulan selepas die meninggal, ramai tanya nak rempah rendang dia. Sedihnya, ilmu tu aku warisi. Padahal, dulu ingredient die, aku yang preparekan. Nampak tahap ikhlas aku tolong ibu time tu, cume secebis kulit bawang je ikhlasnya. Rindu dengan kelam kabutnya dapur untuk siapkan lauk raya..wow..rindu semua tu.

Rindu kat arwah Hjh Jariah binti Said..semoga doa-doaku untuk beliau , Allah makbul..Selamat hari raya semua, semoga ibadah di bulan ramadhan kita allah terima.




Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Israel laknatullah

Dendang anak