Lagi tiga hari , ramadhan akan melabuhkan tirai.
Pada aku ramadhan , sebuah Universiti.
Universiti Ramadhan- Ilmu di cipta oleh Allah dan tenaga pengajar oleh Nabi Muhammad s.a.w
Lagi 3 hari je graduatian of Ramadhan Univercity akan berlangsung. Siapa yang berjaya, mereka akan membawa pulang Certeficate of Taqwa. Siapa yang gagal, ia hanya dapat ilmu sahaja (puasa saja tapi tak dapat ganjaran).
Aku akan rindu la, saat belajar di universiti ramadhan. Kat sana aku diajar bangun pukul 3 pagi. Sebab, ada silibus Qiyammulail, sahur, tilawah , infaq. Tak pernahkan sebelum ni cari tabung masjid pukul 4 pagi. Sebab ape ? Sebab nak cari Al-qadr. Semua orang tahu akan kelebihan Al-qadr. Tapi tak ramai yang usaha cari. Aku taknak menyesal lagi . Cukup tahun lepas aku dah menyesal. Alhamdulillah, target tahun ni untuk bacaan quran tercapai walaupun masih tidak melebihi dari tahun lepas. Rindu juga suasana berbuka dan sahur di masjid. Meriah, sangat meriah.
Dan paling aku rindu, penghibur telinga aku, bacaan ahli tadarus dan juga imam terawih. Mereka menghiburkan aku, dapat la aku meredakan rinduku pada keluarga di kampung.
Tak pasti tahun depan akan jumpa lagi atau tidak ramadhan ini. Benar kata salafusoleh, ramadhan bagaikan kekasih. Dia datang memberi cintanya dan pergi meninggalkan kesan yang sangat mendalam bagi orang yang benar-benar merasai.
Malam 27 ramadhan 1437H di masjidil Haram |