Langkau ke kandungan utama

BAGAIMANA PENDIDIKAN LUQMANUL HAKIM...



Kisah Luqmanul Hakim diabadikan Allah SWT dalam al-Qur'an dalam surah Luqman dari ayat 12-19. Luqman merupakan seorang yang soleh pada zamannya. Keistimewaan luqman yang disebutkan dalam al-Qur'an adalah kerana Allah memberikan hikmah (kebijaksanaan), terutamanya perkara yang berkait dengan metode pendidikan kepada anaknya.

Adapun metode pendidikan Luqman yang diabadikan Allah SWT dalam al-Qur'an lebih menekankan kepada 4 aspek pendidikan di antaranya adalah:

1. PENDIDIKAN AQIDAH.
Luqman menyedari bahawa pendidikan aqidah merupakan pendidikan asas yang pertama yang wajib diajarkan kepada anaknya sebelum pendidikan yang lainnya. Luqman memperkenalkan Allah kepada anaknya dengan memahami ciptaan-Nya dan tidak menyekutukanNya. Allah SWT berfirman dalam Surah Luqman, ayat 13:

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

2. PENDIDIKAN AKHLAK.
Selepas menanamkan pendidikan aqidah kepada anaknya, Luqman mendidik anaknya dengan menanamkan pendidikan akhlak, bentuk akhlak yang pertama yang wajib dilakukan kepada anaknya adalah dengan bentuk syukur kepada Allah SWT dan berbakti kepada kedua orang tua. Allah SWT berfirman dalam Surah Luqman, ayat 14:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِير.ُ
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

3. PENDIDIKAN IBADAH.
Setelah jiwa aqidah dan akhlak tertanam pada diri anaknya, seterusnya Luqman mengajar anaknya untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT sebagai bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya. Allah SWT berfirman dalam Surah Luqman, ayat 17:

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya".

4. PENDIDIKAN DAKWAH.
Bentuk pendidikan yang keempat yang ditanamkan Luqman kepada anaknya adalah dengan menanam jiwa sebagai seorang pendakwah, dengan mengajak orang lain pada jalan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar makruf dan nahi mungkar), serta keberanian untuk menegakkan kebenaran di jalan Allah SWT. Hal ini diterangkan dalam al-Qur'an Surah Luqman, ayat 17:

وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"dan suruhlah manusia berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya".

Ya Allah jadikan kami dan anak-anak keturunan kami mewarisi sifat Luqmanul Hakim dalam kehidupan. Kuatkanlah aqidah kami, semangatkan ibadah kami, serta cantikkan akhlak kami dan beri kekuatan kepada kami untuk dapat mengajak sesama manusia pada jalan kebaikan dan mencegah manusia pada jalan yang mungkar. Mudah-mudahan kami dan anak-anak kami membawa keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Aamiin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…