Hadiah ke ni?-Talaqqi dengan sheikh arab




Selama ini, memang tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk bertalaqqi Quran dengan sheikh arab. Tapi minggu lepas ianya berlaku di kelas talaqqi quran aku Masjid Besi.

Masa datang kelas sabtu lepas, aku dah perasan yang duduk di barisan belakang rasa orang arab ni. Aku pun bersalam dengan dia. Dalam hati," mungkin pak arab ni datang melancong kot kat sini, saja nak dengar orang belajar quran."

Tidak sangka rupanya, bila ustaz salehudin perkenalkan pak arab tu sebenarnya guru di mesir. Sheikh Kamil namanya. Ustaz Salehudin pun cakap," hari ni yang lelaki semua bertalaqqi dengan sheikh Kamil. Perempuan pula dengan saya." Berderau terus darah aku ni. Teringat aku akan perbualan dengan Ust Redza salah seorang guru quran yang menceritakan pengalamannya bertalaqqi dengan Sheikh Arab.

Alhamdulillah, walaupun ada teguran tentang bacaan ku, aku berjaya bertalaqqi dengan sheikh Kamil sehingga lapan muka surat. Biasanya talaqqi cuma 5 muka sahaja, mungkin sebab seronok bertalaqqi dengan sheikh arab, sampai tidak sedar dah lapan muka rupanya. Sempat juga aku mengambil sanad al fatiha dengan Sheiikh.

Baik, sikit penerangan. Talaqqi Quran itu adalah sesi aku baca quran di hadapan guru. Jika salah ia akan di tegur on the spot.

Sanad pula, pada awalnya aku tidak berminat untuk ambil, namun atas niat kerana ilmu, aku ambil sanad pada Sheikh Kamil.

Sanad secara bahasa artinya sandaran. Secara istilah ahli hadith pula adalah jalan yang bersambung sampai kepada matan, rawi-rawi yang meriwayatkan matan hadits dan menyampaikannya.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong