In Dream I walk with you - 1

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din...

Satu susuk nama yang sangat berharga buat diri aku. Sehingga hari ini, aku merasakan diri aku ini tidak layak langsung untuk menjadi muridnya. Namun, perancangan Allah adalah segalanya terbaik.

ÙˆَÙ…َÙƒَرُواْ ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Ketika sedang hangat berita permergian susuk tubuh yang hebat ini, waktu itu aku di pantry office. Terdengar aku akan satu perbualan, "Arwah banyak ubah zul."
Seakan terkedu yang teramat sangat.

Ya, tepat sekali pertemuan aku dengan dia yang ditakdirkan Allah telah membawa perubahan besar untuk diri aku. Dari seorang manusia yang pernah qasarkan solat maghrib jadi 2 rakaat hingga sekarang menjadi seorang yang tahu Solat maghrib itu tidak boleh diqasarkan cuma boleh dijamakkan sahaja.

Segala kenangan berkisar Almarhum Tuan Guru bagai terimbas begitu cepat sekali.

Aku amat rindukan suatu kenangan ini.

Kenangan Malam Selasa

Aku bukan lepasan Darussyifa' Bangi. Jadi di mana aku mengikuti kursus tu? Nanti akan ku ceritakan.
Berbalik dengan Malam Selasa. Ada apa dengan hari selasa?

Pada aku ,malam selasa adalah hari gembira diri aku. Bermula dengan malamnya. Waktu aku belum tamat pengajian, aku pernah senyap-senyap menyelinap masuk ke dewan kuliah utama. Dan aku akan pastikan aku duduk berdepan dengan Tuan Guru.

Kenapa perlu menyelinap?

Adalah menjadi undang-undang besar di dalam Darussyifa, HANYA PELAJAR TAHUN SEMASA SAHAJA DI DEWAN UTAMA.

Aku langgar arahan tu. Sebab, dalam hati aku , aku perlu buat langgar arahan jika aku nak berdepan dengan Idola aku. Masih aku ingat lagi. Ketika itu aku berjanji, bila tamat pengajian nanti , aku nak minta maaf pada Tuan Guru.

Menadah kitab dengan tempat duduk kelas utama, memang sentiasa jadi rebutan para pelajar Tuan Guru. Tapi, bak kata pepatah , ' siapa cepat, dia dapat.' Aku akan sentiasa berusaha bagi memastikan tempat itu , adalah tempat aku.

Dan moment itu aku lalui hampir setiap minggu dalam tahun 2011.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat buat Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

Kenangan sewaktu Majlis Konvokesyen Darussyifa'


Tobecontoniue...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong