Jumaat, 9 Disember 2016

Pay as YOU wish


Cun tak gym ni?

Memang teruja yang amat sangat bila tengok pelan lantai gym ni. Gym UFC punya ni. Tapi aku minat dengan aturannya. Serba serbi lengkap. Dari kadio, weight, martial Arts. Terbaik.

Kalau aku cutomernya, first mesti aku akan kata gym ni yurannya mahal. Yup memang mahal. Dan gym ni tidak ada di Malaysia. Aku memasang niat nak buat gym macam ni. Tapi gym tu tidak mahal. Tapi bukan percuma. Bayar-tetap kena bayar. Cuma harganya adalah, bayar ikut korang.

Apa tu? Gila ke?

Yup pay as You wish. Tiada minimum caj. Terpulang pada customer or pelawat yang datang. Orang mesti cakap, macam mana nak maintain?

Dalam negara kita, ada banyak gymnasium. Dari yang mahal, sampai ke murah. Dari yang komersial, hingga ke awam. Penggemar juga ramai. Sangat ramai, ini menunnjukkan rakyat Malaysia sangat sedar akan pentingnya kesihatan. Sangat baik itu semua. Pada pendapat aku, kepuasaan sihat perlu ada dan dimaksimakan.

Sihat. Semua orang nak sihat, namun untuk apa. Sihat-sihat saja ke? Sekadar untuk sihat boleh jalani kehidupan harian sahajakah?

Persoalaan ini membuatkan aku rasa ada sesuatu untuk diketengahkan , dan perlu di ketegorikan dalam dakwah.

Aku nak buat gym yang berkonsepkan ' SIHAT ITU DAKWAH '. Atas nama tagline itu, gym aku akan berkonsepkan PAY AS YOU WISH.

Nanti aku akan sambung lagi tentang impian ini.

Antara yang ada di gym itu nanti


  1. Zon Kardio - Khandaq
  2. Zon Wegiht - Tarbuk
  3. Zon Tinju - Zulfiqar
  4. Arena Boxing - Badar al Kubra
  5. Zon relax - Salsabila
Apakah semua ini? Akan ku kupas satu per satu. Semoga Allah memberkati dan memakbulkan impian ini.

Tiada ulasan: